suria

Peserta Pahang Kuasai Sukan Luncur Ombak Di Desaru

JOHOR BAHARU Peluncur dari Pahang berjaya mencuri tumpuan pada pertandingan sukan luncur ombak Cabaran Mayhem Monsoon Antarabangsa 2010 di Desaru Golden Beach Resort, dekat sini, hari ini.

Diketuai oleh Ahmad Waqiyddin Abdul Latiff, peluncur Pahang merangkul dua daripada empat gelaran yang dipertandingkan pada kejohanan dua hari itu.

Ahmad, yang sering mengambil bahagian pada pertandingan di pantai Kuantan, memenangi acara 'body board' diikuti oleh dua rakannya Norhafizal Osman dan Zarul Alif Zulkifli.

Dalam acara wanita 'body board', peluncur Farisha Mazlan muncul juara, diikuti Fifi Nurfiza Ali di tempat kedua dan tempat ketiga disandang oleh Diana Sofia Mohamamd.

Dalam acara terbuka, peluncur Indonesia Yudi Andhika dari Acheh merangkul pingat emas diikuti oleh peluncur tempatan Mamat Daud dan Nazmi Mohammad.

Acara 'short board' wanita dimenangi oleh peluncur tempatan Nurhawani Mohammad, diikuti peluncur Singapura Brenda Lim dan rakan senegaranya Cheryl Tang.

Pertandingan tahunan edisi keempat itu menyaksikan penyertaan sejumlah 50 peluncur dari Jepun, Indonesia, Singapura, Thailand, Australia dan Malaysia. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain