Felda Akan Bina 18 Gelanggang Futsal Terbuka Tahun Ini

Diterbitkan: Ahad, 3 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Felda akan membina 18 buah gelanggang futsal terbuka di tanah rancangannya yang terpilih di seluruh negara tahun ini bagi menampung minat anakanak peneroka dalam sukan yang kian popular itu, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan hari ini.

"Kos membina gelanggang futsal terbuka agak mahal, oleh itu kita (Felda) sedang mereka sendiri rekabentuk sesuai bagi menjimatkan kos...bagi gelanggang tersebut yang mungkin mencecah ratusan ribu," kata Ahmad kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah Kejohanan Akhir Liga Futsal Kebangsaan Felda/FAM 2009 di Stadium Matsushita di sini. Ahmad yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Felda berkata setakat ini 16 gelanggang futsal tertutup bernilai hampir RM48 juta dibina oleh Felda di beberapa tanah rancangannya di seluruh negara.

Katanya, Felda juga telah membina sebanyak 16 Kompleks Sukan Komuniti yang dilengkapi dengan gelanggang futsal dan dewan serbaguna di tanah rancangannya.

Kejohanan kali ini adalah penganjuran kali ketiga oleh Felda dengan kerjasama FAM, bermula pada 2007 dengan peruntukan RM3 juta, diikuti kejohanan pada 2008 (RM2 juta) dan 2009 (RM1.5 juta). BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan