Persatuan Sukan Jangan Hanya Bergantung Kepada Geran Kerajaan

Diterbitkan: Sabtu, 2 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Persatuan sukan di negara ini perlu membuka mata dan bijak mencari sumber kewangan sendiri terutama daripada segi tajaan dan tidak hanya bergantung kepada sumber kewangan melalui pemberian geran kerajaan semata-mata.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata pemimpin persatuan sukan mestilah memikirkan bagaimana cara untuk mendapatkan wang daripada sumber lain terutama syarikat-syarikat penaja.

"Bagaimanapun, kementerian melalui Majlis Sukan Negara (MSN) sentiasa memberi sumbangan kepada pemain-pemain yang bertanding di peringkat antarabangsa dan sebagainya berdasarkan kepada perbelanjaan yang mereka lakukan," katanya ketika menutup Kejohanan Bolasepak Piala Menteri Besar bagi Parlimen Kemaman di sini, malam semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan media berhubung kekurangan dana kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang disifatkan hanya cukup makan sahaja.

Mengulas lanjut perkara itu, beliau berkata persatuan sukan sendiri perlu membuat tuntutan jumlah perbelanjaan yang diperlukan.

Ahmad Shabery berharap syarikat-syarikat korporat akan tampil membantu kerajaan dengan memberi sumbangan kepada persatuan sukan sebagai tanggungjawab sosial korporat masing-masing bagi memajukan sukan di negara ini.

Katanya kerajaan menimbang beberapa perkara terutama bagaimana persatuan itu diurus, kepimpinan yang dipilih, ketelusan perbelanjaan yang diberi, bagaimana mendapat sumber kewangan dan sebagainya sebelum geran diberikan.

"Pemberian geran juga bergantung kepada prestasi yang ditunjukkan. Kalau setiap kali bertanding kalah, ia juga akan menjadi asas pertimbangan sama ada persatuan sukan itu akan mendapat geran atau diberi geran tambahan atau sebaliknya," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Shabery berpuashati dengan persiapan Sukan Malaysia (SUKMA) ke-13 yang dibuat oleh kerajaan negeri Melaka bagi menganjurkan temasya itu pada 10 hingga 19 Jun depan.

"Masa dah tidak lama lagi dan kita nak lihat supaya ia berjalan dengan lancar. Saya berharap negeri-negeri yang menyertainya menghantar pasukan yang terbaik supaya SUKMA juga akan menjadi satu dairpada arena untuk dinilai kekuatan dan mutu sukan yang ada di dalam negara kita," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan