suria

ESPN STAR Sports melancarkan SportsCenter Malaysia edisi Bahasa Malaysia

Pengarah Urusan ESPN STAR Sports Manu Sawhney
Pengarah Urusan ESPN STAR Sports Manu Sawhney
Pengarah Urusan ESPN STAR Sports Manu Sawhney

PARA penonton Malaysia kini berpeluang menonton SportsCenter Malaysia dalam Bahasa Malaysia apabila program popular ESPN STAR Sports itu julung kali ditayangkan pada 10.30 malam ini.

Ia dihoskan oleh pengacara SportsCenter Malaysia Lisa Wong dan penyampai STAR Sports' Score Tonight, Reem Shahwa.

Edisi dalam Bahasa Malaysia ini akan menyiarkan berita sukan antarabangsa dan tempatan.

Dengan berfokuskan berita terkini dalam lapangan sukan tempatan, para penonton Malaysia berpeluang menyaksikan hero-hero sukan mereka secara lebih kerap di ESPN.

Selain itu, mereka turut mendapat liputan sukan antarabangsa yang komprehensif dalam Bahasa Malaysia.

SportsCenter Malaysia dilancarkan pada April 2007 dalam Bahasa English dan ia terus menjadi pilihan peminat sukan.

Rancangan sukan itu juga terus mendapat rating (pemeringkatan) yang tinggi. Baru-baru ini, ia mendapat 2.78 TVR pada November 2009 dalam kalangan penonton lelaki saluran televisyen berbayar yang berumur dalam lingkungan 25-34 tahun.

Menurut Pengarah Urusan ESPN STAR Sports Manu Sawhney, "Kami kekal komited untuk membawakan isi kandungan sukan terbaik dalam keadaan yang paling relevan dan menarik kepada para penonton Malaysia.

"Edisi SportsCenter dalam Bahasa Malaysia membuktikan komitmen kami untuk menyalurkan berita sukan antarabangsa dan tempatan kepada para peminat sukan, mengikut kehendak dan bahasa pilihan mereka.

"Dengan lapangan sukan yang bersemangat dan pengikut-pengikut sukan yang ramai di Malaysia, edisi ini akan membawakan sukan lebih dekat kepada para pengikut di Malaysia."

Edisi Bahasa Inggeris yang dihoskan Jeevan Selvanathan, Lisa Wong, Rashid Salleh dan Edleen Ismail akan terus ditayangkan pada hari Isnin hingga hari Jumaat, 7:00 malam.

Ini diikuti SportsCenter Asia pada 7.30 malam.

Melengkapkan tawaran berita liputan sukan adalah edisi terbaru dalam Bahasa Malaysia pada 10.30 malam setiap hari minggu.

SportsCenter Malaysia dalam Bahasa Malaysia ialah versi diketempatkan (localized version) SportsCenter daripada ESPN STAR Sports, yang keenam.

Celcom dan MyEG adalah penaja bersama sementara Profitable Group, penganjur bersekutu untuk program ini.

Lain-lain edisi diketempatkan yang disampaikan merentasi rantau ini termasuk SportsCenter Asia (English), SportsCenter India (English), SportsCenter Taiwan (Mandarin), SportsCenter Hong Kong (Cantonese) dan SportsCenter Malaysia (English).

Artikel Sebelum

Juara Wanita Dunia Terkeluar

Artikel Berikut

JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS

Artikel Lain