Skuad Bola Sepak Kedah Musim 2007-2008 Dapat Tanah

Diterbitkan: Khamis, 26 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Pemain bola sepak Kedah musim 2007-2008, termasuk semua pegawai dan jurulatih pasukan itu, menerima hadiah sebidang tanah daripada kerajaan negeri, di atas kejayaan mereka meraih tiga kejuaraan dalam liga Malaysia pada musim berkenaan. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abd Razak berkata keluasan tanah yang diberikan kepada setiap pemain dan pegawai ialah antara 6,000 hingga 8,000 kaki persegi.

"Pemain dan jurulatih yang tidak lagi bersama pasukan pada masa sekarang juga akan menerima ganjaran berkenaan kerana itu janji yang dibuat dahulu dan kita akan tunaikan dalam masa terdekat," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Azizan berkata, kawasan tanah yang akan diterima oleh skuad berkenaan terletak di sekitar daerah Kuala Muda dan Pokok Sena. Pada musim 2007-2008 skuad hijau kuning menjuarai Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia yang ketika itu dibimbing jurulatih Azraai Khor Abdullah. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan