Choi Dan Lagrange Juara Boling Piala Dunia Qubica AMF 2009

Diterbitkan: Jumaat, 20 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Pemain boling Korea Selatan Choi YongKyu dan pemain dari Kanada, Caroline Lagrange masing-masing muncul juara kategori lelaki dan wanita pada kejohanan Boling Piala Dunia Qubica AMF ke-45 yang berlangsung di Pusat Boling Antarabangsa Melaka di sini semalam.

Choi, 23, pemain kebangsaan Korea Selatan yang menyertai kejohanan itu di saat-saat akhir sebagai pemain gantian menewaskan bekas juara 2005 Michael Schmidt di perlawanan akhir stepladder dengan mengungguli dua game dengan mencatatkan 236 jatuhan pin pada game pertama dan 227 pin pada game kedua, manakala Schmidt sekadar melakukan 173 dan 208 jatuhan pin.

Ini kemenangan kedua terbesar diraih Choi yang turut membarisi trio negaranya yang memenangi pingat emas dalam acara trio lelaki pada Kejohanan Boling Lelaki Dunia di Bangkok, Thailand tahun lepas.

"Saya gembira kerana menjuarai kejohanan ini," kata Choi yang berjaya mencatatkan 9,182 jatuhan pin sepanjang saingan untuk mara ke perlawanan akhir semalam.

Bagi Schmidt yang tampil buat kali ke keempat di perlawanan akhir sejak 2005, gelaran naib johan tahun ini sesuatu yang boleh dibanggakan berbanding tempat ketiga pada 2006 dan 2007. Ryan Lalisang dari Indonesia di tempat ketiga.

Dalam kategori wanita, gelaran juara menjadi hadiah istimewa buat Lagrange sempena hari jadinya yang ke-26 yang disambut pada 4 November lalu dengan menewaskan Zara Giles dalam persaingan yang sengit.

Selepas tumpas pada game pertama 189-194, Lagrange yang juga seorang pereka grafik bangkit dalam dua game berikutnya untuk menang 210-181 and 218-211 jatuhan pin berbanding Giles.

"Tahap keyakinan saya pada tahap 90 peratus sebelum perlawanan akhir dan saya hanya perlu memastikan saya bermain permainan saya untuk menewaskan Giles," katanya.

Ini kemenangan terbesar pertama Lagrange dalam karier bolingnya walaupun telah banyak menyertai kejohanan profesional di Amerika Syarikat.

Sandaran negara, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman sekadar berpuas hati di tempat ketiga selepas tewas kepada Giles dalam separuh akhir stepladder.

Sementara itu, Zulmazran Zulkifli sekadar menamatkan saingan di tempat keenam dan gagal melayakkan diri ke separuh akhir untuk sekurang-kurangnya mengulangi pencapaiannya di tempat ketiga tahun lepas ketika kejohanan berlangsung di Hermosillo, Mexico.

Sejumlah 153 pemain boling dari 95 negara menyertai kejohanan itu. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan