Negeri Sembilan atur program sambutan Piala Malaysia

Diterbitkan: Ahad, 8 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan dengan kerjasama Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNs) sedang mengatur program sambutan Piala Malaysia di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan negeri Abd Samad Ibrahim berkata program yang diatur di setiap daerah itu bagi memberi peluang kepada rakyat negeri ini meraikan kejayaan skuad Rusa merangkul piala berprestij itu.

"Program perarakan Piala Malaysia itu akan turut melibatkan pemain skuad Rusa. Saya akan berbincang perkara ini dengan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga selaku Presiden PBNS.

"Selain meraikan kejayaan skuad Rusa, perarakan itu juga bermatlamat menarik minat lebih ramai belia di negeri ini bergerak aktif dalam sukan terutamanya sukan bola sepak," katanya kepada pemberita selepas penyampaian Anugerah Sukan Untuk Semua 2009 peringkat Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Negeri Sembilan menamatkan penantian 61 tahun untuk muncul juara bola sepak Piala Malaysia selepas menewaskan Kelantan 31 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Ia adalah kejuaraan untuk Negeri Sembilan selepas kali pertama memenanginya pada 1948 ketika kejohanan masih dikenali sebagai Piala HMS Malaya.

Abd Samad berkata selepas dihampakan dua kali dalam perlawanan akhir iaitu pada tahun 2000 dan 2006, kejayaan membawa pulang Piala Malaysia pada musim ini sebagai hadiah istimewa kepada Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir yang ditabalkan sebagai Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan ke11 pada 26 Okt lepas.

Beliau turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada pegawai dan pemain skuad Rusa di bawah bimbingan jurulatih Wan Jamak Wan Hassan di atas kejayaan itu.

Sementara itu, beliau menggesa persatuan bola sepak daerah supaya menggalakkan pertandingan liga bola sepak daerah dalam usaha mencungkil bakat baru.

"Menteri Besar telah mengarahkan saya supaya banyakkan lagi liga daerah terutama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana melaluinya kita akan dapat mengenalpasti pemain berbakat untuk diketengahkan. Untuk itu, kita akan meminta kerjasama PBNS dan Majlis Sukan Negeri bagi mengatur program berkenaan," katanya.

Dalam berkembangan lain, pemain skuad Rusa yang tiba dengan sebuah bas di Wisma PBNS, Medan Rahang di sini pada pukul 10.40 pagi tadi disambut kira-kira 50 ahli keluarga dan penyokong mereka.

Penyokong kemudian mengambil kesempatan bergambar dengan pemain skuad Rusa dan Piala Malaysia, sebelum beredar. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan