Peluang Zabidi ke Sukan Sea Laos masih samar akibat kecederaan peha

Diterbitkan: Ahad, 27 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Peluang pelari pecut kebangsaan, Mohd Zabidi Ghazali untuk mewakili negara di Sukan Sea, Laos Disember depan agak samar kerana masih dibelenggu kecederaan tisu peha yang dialaminya ketika beraksi di Kejohanan Olahraga Terbuka Taiwan, Ogos lepas.

Pemenang pingat emas 100 meter Sukan Malaysia (Sukma) 2008 itu berkata beliau kini tidak dapat berlari 100 peratus kerana masih merasai kesakitan pada pehanya walaupun sudah mendapat rawatan doktor.

Zabidi berkata beliau hanya menyedari tisu pehanya koyak ketika menyertai kejohanan olahraga terbuka Taiwan bulan lepas pada acara final 100 meter, menyebabkan lariannya terganggu.

"Saya menghabiskan larian saya walaupun peha saya merasa amat sakit," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya sekembalinya dari Taiwan, beliau terus berjumpa pegawai perubatan Institut Sukan Negara (ISN) di Bukit Jalil yang kemudian telah mengesahkan tisu pehanya cedera.

Zabidi yang kini sedang bercuti hari raya di Dungun berkata beliau akan cuba sedaya upaya untuk meningkatkan prestasinya menjelang Kejohanan Terbuka Malaysia dan menyerahkan nasibnya kepada Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menilai sama ada beliau layak mewakili negara di Sukan Sea atau sebaliknya.

"Saya akan cuba berlari pada kejohanan terbuka Malaysia di Stadium Bukit Jalil minggu depan. Kejohanan tiga hari itu untuk pemilihan ke Sukan Sea," katanya.

Selain menyertai acara 100 meter, Zabidi, 23, juga merupakan pelari 200 meter dan 4x100 meter negara. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan