suria

Pasukan pilihan raih tiga mata, Kedah sekadar seri

KUALA LUMPUR: Beberapa pasukan pilihan seperti Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Perlis bermula cemerlang apabila mencatatkan kemenangan pada perlawanan pembukaan Piala Malaysia yang berlangsung malam tadi.

Juara Piala FA dan Liga Super, Selangor yang berada dalam kumpulan D meraih tiga mata apabila menumpaskan Sabah 10 di Kompleks Sukan Tawau hasil jaringan tunggal Mohd Safee Sali pada minit ke-26.

Selangor bagaimanapun terpaksa berkongsi kedudukan di tangga teratas kumpulan bersama dengan PDRM yang menumpaskan Kuala Muda Naza 1-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Juara bertahan Piala Malaysia, Kedah yang berada dalam kumpulan E pula sekadar mengutip satu mata apabila terikat 1-1 dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Darulaman, Alor Setar.

Tuan rumah membuka jaringan seawal minit keenam permainan melalui Farizal Abu Bakar sebelum pelawat menyamakan kedudukan melalui M.Chandrasekar hasil sepakan percuma pada minit ke-78.

Keputusan seri itu membolehkan Kelantan mendahului kumpulan setelah menewaskan Pulau Pinang 2-1 di Stadium Batu Kawan melalui jaringan Indraputra Mahayuddin (minit ke-66) dan Mohd Khalid Jamlus (minit ke-73) meskipun tuan rumah terlebih dahulu di depan melalui jaringan S. Thinagaran pada minit ke-38.

Dua jaringan penyerang kebangsaan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak pada minit ke28 dan 41 pula membolehkan Negeri Sembilan mengatasi Johor 2-1 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos dengan gol tuan rumah dijaringkan oleh Rizal Roslan pada minit ke-76.

Terengganu memberikan saingan kepada Negeri Sembilan dalam Kumpulan B apabila menumpaskan Sarawak 1-0 di Stadium Sarawak hasil jaringan tunggal Khairul Izwan Khalid pada minit ke-62.

Naib juara Liga Super, Perlis turut mencatatkan kemenangan apabila menumpaskan Melaka 20 di Stadium Hang Tuah hasil jaringan Ahmad Fakri Saarani (minit ke-70) dan Mohd Syazwan Zainon (minit ke-81) untuk mendahului kumpulan A setelah Pahang dan KL Plus seri 1-1 di Stadium Darul Makmur.

Johor FC dan Perak pula menguasai kumpulan C apabila masingmasing mencatatkan kemenangan 10 ke atas Kuala Lumpur dan UPBMyTeam. BERNAMA

Artikel Berikut

JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS

Artikel Lain