Choon Hann singkir, gelaran beregu bakal milik Malaysia esok

Diterbitkan: Sabtu, 25 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Hasrat pemain veteran negara Wong Choon Hann untuk merangkul gelaran pertama tahun ini tidak kesampaian apabila tersingkir dari Kejohanan Badminton Terbuka Thailand di sini malam ini.

Pada saingan separuh akhir, Choon Hann memulakan perlawanan dengan lincah untuk menang set pertama 21-8 ke atas pemain pilihan ketiga Boonsak Ponsana dari Thailand.

Bagaimanapun, atas sokongan padu peminat tempatan, Boonsak bangkit untuk menyamakan kedudukan 21-12 pada set kedua sebelum berjaya menyingkirkan Choon Hann di set penentuan 21-18.

Boonsak akan menentang pemain Vietnam Nguyen Tien Minh pada perlawanan akhir esok. Nguyen mara ke final selepas menundukkan pemain Thailand, Pakkawat Vilailak 21-18, 21-11 pada satu lagi perlawanan separuh akhir.

Biarpun, gelaran perseorangan lelaki terlepas dari tangan Choon Hann namum Malaysia tetap akan pulang dengan gelaran beregu lelaki apabila gandingan Choong Tan Fook/Lee Wan Wah mara ke perlawanan akhir.

Pasangan veteran itu akan menentang gandingan baru negara Chan Peng Soon/Lim Kim Wah selepas masingmasing berjaya melepasi saingan separuh akhir.

Tan Fook dan Wan Wah, juara Terbuka India, dengan mudah menempah tiket ke perlawanan akhir selepas menewaskan beregu Thailand, Isara Bodin/Jongjit Maneepong 21-16, 21-18 dalam masa 28 minit.

Dalam pada itu, Peng Soon dan Khim Wah menunjukkan kematangan walaupun buat kali pertama berganding untuk mengejutkan beregu pilihan ketiga Alvent Yulianto/Hendra Gunawan dari Indonesia 24-22 12-21 21-18.

Bagaimanapun, dalam acara beregu campuran, Peng Soon dan Goh Liu Ying gagal mara ke perlawanan akhir selepas tunduk kepada pasangan tuan rumah Songphon Anugritayawon/Kunchala Voravichitchaikul 15-21, 15-21. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan