suria

Penerjun Base Malaysia akan lakukan terjunan dari Wisma Sanyan

SIBU: Sekumpulan tiga penerjun BASE dari Persatuan BASE Malaysia akan melakukan terjunan dari bumbung Wisma Sanyan, bangunan tertinggi di negeri pada 8 pagi Sabtu ini.

Tiga orang itu ialah Kapt.Wallen Alexander Gugak, Azuan Taharudin dan Kapt.Aziz Ahmad, 51, presiden persatuan yang juga seorang penerjun BASE veteran. Terjun BASE ialah sukan terjun menggunakan payung terjun dari tempattempat tetap seperti bangunan (B), Antenna (A), Span (s) dan Bumi (Earth(E).

Eksekutif Lembaga Pelancongan Sibu Rudy Amoi memberitahu pemberita di sini hari ini, ada rancangan untuk memasukkan Wisma Sanyan dalam senarai tempattempat bagi acara KL Tower International Jump Tour 2009 yang mempromosi sukan ekstrem dan berisiko tinggi itu.

Kira-kira 30 peserta termasuk mereka dari Australia dan New Zealand akan mengambil bahagian dalam acara itu yang bermula dari Kota Kinabalu, kemudian Sarawak, Kedah, Pulau Pinang dan balik ke Kuala Lumpur pada lewat Oktober/November tahun ini. BERNAMA

Artikel Lain