TTeam punyai peluang cerah pintas Harimau Muda

Diterbitkan: Selasa, 14 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan TTeam dari Terengganu mempunyai peluang cerah untuk memintas pendahulu Liga Perdana, Harimau Muda, apabila membelasah pasukan tercorot, SDM Kepala Batas 6-0, semalam.

Setelah beraksi dalam 21 perlawanan, skuad didikan Che Ku Marzuki Mohd Noor yang berada di tangga kedua liga dengan 50 mata perlu memperoleh tiga lagi kemenangan bagi memintas Harimau Muda yang kini mengumpul 55 mata.

Pada perlawanan di Stadium Sultan Ismail, Kuala Terengganu, Mohd Haris Safwan Mohd Kamal dari pasukan TTeam berjaya melakukan jaringan hatrik pada minit ketujuh, 47 dan minit ke-61.

Tiga lagi gol dijaringkan oleh Mohd Fakhrurazi Musa pada minit ke-39, Mohd Kamal Rodiarjat Mohd Ali (minit ke-82) dan Mohd Lokman Mohd Salleh pada minit ke-85.

Sementara itu, Harimau Muda mengumpul mata penuh setelah menang tipis 2-1 ke atas pasukan PKNS Selangor di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.

Pasukan Johor mengukuhkan kedudukan di tangga ketiga setelah mengalahkan Sabah 4-0 di Stadium Tan Sri Datuk Hj. Hassan Yunos, Johor Bharu.

Di Stadium Sarawak, Kuala Lumpur mencapai kemenangan apabila menewaskan pasukan tuan rumah Sarawak 3-2.

Pasukan Melaka pula tewas 0-1 dengan Proton FC di Stadium Hang Tuah, Melaka manakala Tentera menang 2-1 ke atas Shahzan Muda di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan