suria

TM jadi rakan telekomunikasi rasmi MU di Malaysia

KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Berhad (TM) semalam dilantik sebagai Rakan Telekomunikasi Rasmi bagi Jelajah Manchester United ke Asia 2009 di Malaysia.

Menurut kenyataan TM, urusan rakan perkongsian itu telah ditandatangani dengan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu sempena lawatan pasukan itu ke Malaysia.

Malaysia menjadi persinggahan pertama jelajah pasukan itu ke Asia dengan mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini, pada 18 Julai ini.

TM berkata sebagai rakan perkongsian, peminat bola sepak di kalangan pelanggan TM di Malaysia boleh mendapat akses kepada kandungan bahan berita mengenai pasukan MU seperti berita terbaru, peminat video, profil pasukan dan pertandingan online.

"Pelawat hanya perlu berdaftar sebagai ahli di Hypp.TV, bagi menyaksikan kandungan MU dan mengambil bahagian dalam aktiviti peminat secara online.

"Tambahan pula, ahli Hypp.Tv yang bertuah mempunyai peluang memenangi pas percuma menyaksikan sesi latihan pasukan MU di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 17 Julai," menurut kenyataan itu.

"Mereka juga boleh menang barangan MU yang ditandatangani dan jersi edisi terhad apabila mengemukakan gambar terbaik sesi latihan pada pertandingan foto di Hypp.TV, " kata TM.

Sempena dengan acara itu, TM juga turut menawarkan bajuT eksklusif Jelajah Asia Manchester United 2009 dengan setiap pendaftaran baru pakej Streamyx Standard dan Streamyx Combo Wifi @ Home 1Mbps with Voice RM10 atau Voice RM28 sehingga stok masih ada.

Selain itu, TM juga mengeluarkan edisi khas kad prabayar 'iTalk' bernilai RM20 yang memamparkan gambar pasukan MU di setiap kad berkenaan.

Peminat MU juga akan menerima poster edisi khas jelajah MU itu dengan salinan pesanan khas pengurus pasukan Sir Alex Ferguson dengan setiap pembelian 'iTalk' selagi stok masih ada.

Bagi maklumat lanjut mengenai jelajah MU itu, peminat boleh melayari laman web http://muasia2009.hypp.tv mulai Jumaat ini. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain