Stadium Larkin berwajah baru dengan kos RM9 Juta

Diterbitkan: Isnin, 6 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Kawasan tempat duduk utama di Stadium Larkin diarah tutup berkuatkuasa serta merta berikutan pihak berkuasa sedang bersiap sedia untuk memberikan wajah baru yang bernilai RM9 juta bagi struktur yang berusia 45 tahun itu.

Kekhuatiran bahawa bumbung di kawasan itu akan runtuh telah mendorong Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek mengadakan lawatan pemeriksaan selama sejam di stadium, yang dibina pada 1964, untuk memaklumkan lembaga pengurusan stadium itu untuk menutup kawasan tempat duduk utama itu.

Ia merupakan kes biar selamat supaya tidak menyesal di kemudian hari.

"Tapi, saya tidak berkata bahawa bumbung itu dalam keadaan bahaya untuk runtuh pada bilabila masa sekarang. Tapi selepas lawatan di mana kami dapati struktur keluli yang menyokong bumbung tempat duduk utama telah teruk terhakis.

"Kami termasuk Exco Sukan Johor Jais Sarday dan pengarah Majlis Sukan Johor (JSC) Ismail Rahman memutuskan untuk mengambil langkah terbaik.

"Saya pasti, kita semua tidak mahu episod bumbung Stadium negeri Kuala Terengganu runtuh dua bulan lalu berulang. Tetapi nasib baik tiada kehilangan nyawa," katanya. Jabatan Forensik, Jabatan Kerja Raya telah dipanggil untuk menjalankan kajian bagi menentukan sama ada struktur bumbung itu selamat atau sebaliknya.

"Sebelum keputusannya diketahui, kita tidak akan membenarkan sesiapa untuk menghampiri kawasan tempat duduk utama. Tapi kegiatan sukan termasuk pertandingan Liga Malaysia tetap berjalan seperti biasa kerana kawasan lain tidak terjejas," kata Ahmad Shabery.

Beliau juga berkata sebab-sebab hakisan mungkin disebabkan keadaan haus dan lusuh selepas tempat duduk utama itu dibina 17 tahun lalu iaitu pada Sukan Malaysia (Sukma) 1992 yang dihoskan oleh Johor.

Katanya beliau diberi taklimta oleh JSC berhubung rancangan untuk memberikan wajah baru kepada stadium itu yang dianggarkan menelan belanja RM9 juta.

"JSC bercakap mengenai trek lumba yang baru, gelanggang baru yang lengkap dengan sistem saliran, sebuah bilik sidang akhbar yang baru dan sudah tentu bumbung baru di kawasan tempat duduk utama.

"Sebagai Menteri Sukan, saya menyokong cadangan itu kerana saya berasa Johor Baharu berpotensi untuk menjadi hab sukan antarabangsa dan untuk menjadikannya sebagai kenyataan, kita perlu kemudahan sukan yang baik," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan