Sepak Takraw (Piala Raja Thai): Thailand tewaskan Malaysia 3-0

Diterbitkan: Ahad, 5 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Juara bertahan, Thailand membuktikan kejaguhan mereka apabila menewaskan lawan utamanya Malaysia 3-0 dalam pusingan awal acara lelaki berpasukan Kejohanan Sepak Takraw Piala Raja Thai di sini pada Sabtu.

Begitupun, Malaysia, yang menewaskan Korea Selatan 2-1 dan Jepun 3-0 sebelum ini, masih boleh mara ke perlawanan akhir pada Selasa jika mereka dapat menewaskan Laos dalam perlawanan akhir kumpulan pada Ahad.

Dalam perlawanan yang berlangsung di pusat membeli belah Fashion Island, trio pertama Malaysia Mohd Syazuan Husin, Mohd Shaifullah Mohamed Nor dan Zulhafizazuddin Rosslan tewas 15-21 dan 14-21 kepada regu utama Thailand dan veteran Sukan SEA Suebsak Phupnsub, Surian Waechan dan Ponchai Kaokaew.

Ahmad Sufi Mohammed Hashim, Norshahruddin Mad Ghani dan Farhan Adam tewas dalam perlawanan kedua 11-21 dan 14-21 manakala Nazirul Ikram Rozali, Taufik Saat dan Hafizi Manap kalah 18-21 dan 16-21 dalam perlawanan terakhir.

Malaysia masih lagi berpeluang merebut sekurangkurangnya satu gelaran apabila trio Ahmad Sufi Mohammed Hashim, Norshahruddin Mad Ghani dan Zulhahizazudin Rosslan layak ke perlawanan akhir antara regu untuk bertemu Indonesia.

Mereka menewaskan Jepun 21-18 dan 21-16 pada peringkat separuh akhir. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan