suria

Harimau Muda lebarkan penguasaan di takhta Liga Perdana

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Muda terus mengukuhkan penguasaan di tangga teratas Liga Perdana apabila mengutip tiga mata penuh setelah menewaskan Felda United 10 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Walaupun menguasai perlawanan, skuad bawah 19 tahun kebangsaan itu terpaksa menunggu sehingga minit ke-71 untuk menjaringkan gol menerusi ketua pasukan K. Gurusamy.

Kemenangan ini membolehkan Harimau Muda kekal selaku pendahulu liga dengan mengumpul 49 mata, lima mata mengatasi pencabar terdekat TTeam yang turut mencatatkan kemenangan malam ini.

Skuad dari pantai timur itu menumpaskan Kuala Lumpur 10 melalui jaringan tunggal Md Harris Safwan pada minit ke-77 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras.

Jaringan itu sekali gus menjadikan kedudukan Md Harris sebagai penjaring terbanyak Liga Perdana setakat ini dengan 19 gol.

Johor yang berada di kedudukan ketiga liga turut tidak ketinggalan untuk mengutip tiga mata penuh apabila menumpaskan pasukan bawahan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 20 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor.

Dua gol pasukan yang dikendalikan jurulatih Nasir Yusof itu hadir pada babak kedua perlawanan melalui Khairul Ismail pada minit ke-54 diikuti Sairozi Daud pada minit ke-90.

Di Stadium Batu Kawan, jaringan S.Thevan dan Badrul Hisham Mohd Sufian pada minit ke-17 dan 74 membolehkan SDM Kepala Batas mencatatkan kemenangan 21 ke atas Shahzan Muda dengan gol tunggal pelawat hadir melalui Abdul Rahman Kadir pada minit ke-73.

Selangor PKNS pula menewaskan Sarawak 20 di Stadium Kuching menerusi jaringan Mohd Saiful Mustapha (minit ke-58) dan Tengku Mohd Adam Tengku Mohd Rosly (minit ke-90).

Di Stadium Likas, Kota Kinabalu, jaringan tunggal Leofa Alfonso Tong pada minit ke-52 membolehkan Sabah menewaskan Melaka 10. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Cheng Chu sasar pingat emas

Artikel Lain