Piala Raja Thai (Sepak Takraw): Malaysia tewaskan Jepun 3-0

Diterbitkan: Jumaat, 3 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Malaysia memulakan kempen dengan menewaskan Jepun 3-0 dalam kejohanan sepak takraw berprestij Piala Raja Thai di sini semalam.

Regu pertama Malaysia yang terdiri daripada Mohd Syazuan Husin, Zulhafizazuddin Rosslan dan Taufik Saat menang 21-14 dan 21-12.

Regu kedua yang diwakili Zulkifli Abdul Razak, Farhan Adam dan Mohd Shaifullah Mohamed Nor memberi mata kedua untuk Malaysia apabila menang 21-12 dan 21-14 sementara regu terakhir yang dibarisi Fadzhil Asri, Khairudin Adenan dan Hafizie Manap memberi mata ketiga apabila menang 21-17 dan 21-16.

Juara bertahan Thailand turut menang mudah 3-0 ke atas Korea Selatan.

Lima pasukan termasuk Laos berentap dalam Bahagian Premier dengan dua pasukan teratas akan bertarung di final pada 7 Julai.

Dalam acara antara regu lelaki, pemain Malaysia yang terdiri daripada Ahmad Sufi Mohd Hashim, Norshahruddin Ghani dan Zulhahizazudin Rosslan menewaskan regu Indonesia 21-17 dan 21-15.

Namun pasukan wanita negara tewas dalam acara antara regu dan double.

Siti Norzubaidah Che Ab. Wahab, Nurul Shahera Mukhtar dan Siti Norhayati Abdullah tewas 13-21 dan 14-21 kepada pemain Laos dalam acara antara regu sementara pasangan Nurul Shahera dan Siti Norhayati tewas 12-21 dan 11-21 kepada pemain Indonesia dalam acara double.

Sebanyak 20 negara mengambil bahagian dalam kejohanan dengan Singapura menarik diri di saatsaat akhir ekoran kebimbangan dengan ancaman wabak Influenza A H1N1 yang membunuh lima orang dan menjangkiti lebih 1,400 pengidap di Thailand setakat ini.

Antara negara yang mengambil bahagian ialah Pakistan, Jerman, Amerika Syarikat, Switzerland, Sri Lanka, Filipina, Kemboja, India, Vietnam dan Brunei dengan Myanmar turut tidak ikut serta kerana mahu menumpukan kepada penganjuran Sukan Sea Disember ini.

Malaysia memenangi kejohanan dua kali pada 1985 dan 1988. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan