Selangor, Perlis perhebat rebutan juara

Diterbitkan: Rabu, 1 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peneraju Liga Super Selangor sekali lagi memperkukuh kedudukan utama dua mata mereka di senarai teratas selepas kemenangan tipis 1-0 ke atas KL Plus di Stadium Shah Alam semalam.

Kemenangan yang ke-16 itu mengangkat kedudukan juara Liga Super itu dan tambahan kepada Piala FA yang telah mereka menangi, menentukan bahawa Perlis, pesaing terdekat, yang membelasah Negeri Sembilan 4-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi, kekal pada jarak dua mata.

Perlawanan di Shah Alam itu hanya menyaksikan jaringan tunggal pada minit ke-78 bila pemain tengah Selangor Mohd Amirul Hadi Zainal mengambil tendangan lintang daripada R. Surendran untuk menghasilkan mata kemenangan.

Di PAROI, Perlis mencapai kemenangan terbesarnya dengan jaringan hatrik oleh Mohd Nizaruddin Yusof yang mensasarkan bola ke gawang pada minit ke-26, 56 dan 77. Gol keempat dijaringkan oleh pemain barisan depan Ahmad Fakri Saraani (89).

Dengan kemenangan ke-15 itu, Singa Utara kini merangkul 49 mata.

Selangor dan Perlis mempunyai tiga perlawanan lagi sebelum musim berakhir pada 14 Julai.

Di KUALA TERENGGANU, Terengganu di tempat kelima, mencetuskan upset bila pasukan Penyu itu mengatasi Kelantan 20 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan