suria

Malaysia batalkan penyertaan di Kejohanan Formula Future

KUALA LUMPUR: Persatuan Sukan Air Bermotor Malaysia (MWAM) semalam mengumumkan penarikan diri dari menyertai Kejohanan Dunia Formula Future di Pushkin, St. Petersburg, Russia dari 1719 Julai akibat Influenza A (H1N1).

Persatuan itu dalam satu kenyataan hari ini berkata keputusan itu dibuat berikutan keputusan Kementerian Pelajaran membatalkan semua program dan pertandingan seberang lautnya yang melibatkan pelajar hingga penyakit selesema babi itu yang melanda dunia hapus sepenuhnya.

Sepuluh pemandu terbaik bersama 10 pegawai sepatutnya berlepas ke St. Petersburg pada 12 Julai dan kembali ke tanah air pada 22 Julai.

Presiden (MWAM) Datuk Wira Syed Ali AlHabshee berkata, walaupun agak kecewa dan sedih tidak dapat menyertai kejohanan itu, 'Kami tetap mematuhi arahan Kementerian Pelajaran memandangkan situasi teruk selesema babi (H1N1)".

Pasukan Formula Future Malaysia adalah juara bertahan kejohanan itu.

Malaysia memenangi kejohanan dunia itu sebanyak empat kali 2004 (Lisbon, Portugal), 2005 (Lisbon), 2007 (Leer, Jerman), dan 2008 (Ravenna, Itali).

Tahun ini, tujuh negara Russia, Itali, Jerman, Portugal, Slovakia, Republik Czech dan United Kingdom telah mengesahkan penyertaan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain