suria

Barcelona benam MU 2-0 tawan Liga Juara

JUARA... Pemain Barcelona, Andres Iniesta menjulang trofi meraikan kemenangan mereka selepas menewaskan Manchester United 2-0 dalam final Liga Juara-Juara di Stadio Olimpico, Rom, awal pagi tadi. --fotoAP

ROM: Impian Manchester United (MU) untuk mencipta rekod sebagai pasukan pertama berjaya mempertahankan gelaran Liga Juara berkecai di tangan Barcelona awal pagi tadi.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung di arena Stadio Olimpico di sini awal pagi tadi (waktu Malaysia), Barcelona dengan gaya tersendiri mengecewakan Manchester United pimpinan Alex Ferguson.

Barcelona menang 2-0.

Manchester United yang memulakan perlawanan dengan penuh keyakinan, di mana ramai meletakkan harapan ke atasnya, memperoleh beberapa peluang yang dijangka akan membolehkan pasukan dari England ini kekal juara buat tahun kedua berturut-turut, sekali gus menjulang siri kejuaraan tahun ini.

Minggu lalu ia muncul juara Liga Perdana Inggeris.

Gol pertama Barcelona disumbatkan oleh Samuel Eto'o pada minit ke-10. Ia disusuli gol kedua bintang dari Argentina, Lionel Messi 60 minit kemudian.

Barisan pemain:

Barcelona: Valdes, Puyol, Toure Yaya, Pique, Sylvinho, Xavi, Busquets, Iniesta (Pedrito 90), Messi, Eto'o dan Henry (Keita 72).

Manchester United: Van der Sar, O'Shea, Ferdinand, Vidic, Evra, Anderson (Tevez 46), Carrick, Giggs (Scholes 75), Park (Berbatov 66), Ronaldo dan Rooney.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain