suria

Lee Chong Wei serai badminton terbuka Pahang

KUANTAN Pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei antara 200 pemain yang mengesahkan penyertaan dalam Kejohanan Badminton Sirkit Kebangsaan ProtonTerbuka Pahang di Stadium Tertutup Sukan Pahang (SUKPA) di sini dari 26 hingga 29 Mei ini.

Presiden Persatuan Badminton Pahang Tengku Kamil Ismail Tengku Idris Shah berkata kejohanan empat hari itu turut disertai beberapa pemain bertaraf dunia antaranya bekas juara All England Mohd Hafiz Hashim serta pasangan beregu terbaik dunia, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong.

"Selain itu, pasangan beregu muda negara iaitu Mohd Zakry Latif dan Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari, bekas juara terbuka China Wong Mew Choo, pasangan beregu wanita bertaraf dunia Wong Pei Tty dan Chin Ee Hui serta ramai lagi pemain terbaik negara dalam arena badminton akan turut beraksi," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Pemain badminton dari seluruh negara kecuali Kelantan, akan mengambil bahagian dalam kejohanan itu selain penyertaan pemain Persatuan Badminton Malaysia (BAM) serta Sekolah Sukan Bukit Jalil.

Tengku Kamil berkata kejohanan itu juga dilihat sebagai persiapan keupayaan Persatuan Badminton Pahang untuk menjadi penganjur kejohanan badminton yang lebih besar seperti Kejohanan Badminton Asia (ABC) yang bakal diadakan nanti. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain