Korea Selatan juara Hoki Piala Asia

Diterbitkan: Ahad, 17 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Pasukan Korea Selatan muncul juara Kejohanan Hoki Piala Asia ke8 di Wisma Belia di sini malam ini selepas menundukkan skuad Pakistan, 10.

Gol kemenangan Korea Selatan itu dijaringkan oleh Kim Byung Hoon hasil tolakan pukulan sudut penalti Lee Nam Yong pada minit ke-66 perlawanan.

Dengan kekalahan itu Pakistan terpaksa bermain dalam pusingan kelayakan Oktober ini untuk beraksi pada Piala Dunia 2010 di New Delhi.

Kedua-dua pasukan memberi tentangan hebat dengan berbalas asakan pada separuh masa pertama namun tiada sebarang gol dihasilkan.

Asakan pada separuh masa kedua semakin rancak yang menyaksikan beberapa percubaan cantik dihasilkan oleh Pakistan, namun kekentalan penjaga gawang Korea Selatan Kang Seong Hwan menidakkan setiap peluang itu.

Sementara itu penjaga gol pasukan negara S.Kumar dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik manakala pemain bernombor 7 dari Korea Selatan dianugerah gelaran pemain terbaik kejohanan.

Anugerah penjaring terbanyak kejohanan juga dirangkul oleh pemain Korea Selatan Kim Byung Hoon manakala anugerah pemain terbaik pada perlawanan akhir diberikan kepada pemain nombor 17 pasukan yang sama, Hong Eun Seong. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan