suria

Larian Songkhla-Satun turut pikat peserta Malaysia

SONGKHLA: Lebih 100 buah pasukan dari beberapa negara termasuk dari Malaysia akan menyertai acara larian "Thai Gulf to Andaman Relay Run SongkhlaSatun 2009" di dua wilayah selatan Thailand pada 6 Jun ini.

Program larian dua hari sejauh 157.3 kilometer itu akan bermula di pantai Samila di wilayah Songkhla dan berakhir di pantai Lang di wilayah Satun.

Timbalan Gabenor Wilayah Songkhla, Thamrong Chareonkul dan rakan sejawatannya dari Satun, Chuangchai PaoIn, dalam sidang media bersama di sini malam tadi, berkata program larian itu bertujuan mempromosikan keduadua wilayah itu sebagai destinasi pelancongan.

Setiap pasukan, yang terdiri daripada 10 peserta, dikenakan yuran penyertaan sebanyak US$200 (RM711) dengan setiap peserta dibekalkan dengan pelbagai kemudahan termasuk kenderaan pasukan serta makanan.

Bagaimanapun, pihak penganjur tidak menyediakan hadiah wang tunai tetapi piala bagi tiga pasukan terbaik.

Sementara itu, Pengarah Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) Prachyakorn Chaiyakot berkata setakat ini empat pasukan Malaysia telah menunjukkan minat untuk menyertai acara itu.

"Acara ini bukan berbentuk pertandingan tetapi penyertaannya boleh membantu memupuk perpaduan melalui aktiviti sukan yang mempunyai unsur pelancongan," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain