suria

India di tempat kelima selepas benam Jepun 5-1

KUANTAN: India menamatkan saingan Kejohanan Hoki Piala Asia 2009 di tempat kelima selepas menewaskan Jepun 51 pada perlawanan penentuan di Stadium Hoki Wisma Belia, di sini, hari ini.

Skuad India, bimbingan Harendra Singh, mula meledakkan gol seawal minit pertama menerusi Rajpal Singh sebelum Sandeep Singh menyempurnakan gol kedua melalui pukulan sudut penalti pada minit ke-22.

Bagaimanapun, Jepun merapatkan jurang dengan gol sagu hati oleh Hiroki Sakamoto pada minit ke32.

India memulakan babak kedua dengan melancarkan gerakan kemas dan berjaya mengambil kesempatan untuk memperkukuhkan kedudukan dengan jaringan Tushar Khandker pada minit ke-64 dan 69 dan Probhjot Singh pada minit ke-66.

Esok, Malaysia akan menentang China untuk menentukan tempat ketiga pada pukul 5 petang manakala Pakistan akan bertemu Korea Selatan pada perlawanan akhir pada pukul 7.30 malam. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain