suria

Final Liga Juara: Barcelona temu MU di Rom

LONDON: Barcelona merampas peluang untuk final kejohanan Liga Juara dengan menyumbat gol minit-minit terakhir perlawanan pusingan kedua separuh akhir awal pagi tadi.

Gol jaringan Andres Iniesta pada minit ke-90 memusnahkan impian Chelsea untuk bertemu dengan rakan Liga Perdana Inggeris - Manchester United pada perlawanan akhir di Rom, Itali pada 27 Mei ini.

Malah ia juga mengelakkan pertemuan dua gergasi Liga Perdana Inggeris dalam final Liga Juara.

Sebagaimana United, Chelsea juga telah mengharapkan kemunculan kedua berturut-turut pada final Liga Juara.

Dalam perlawanan penuh cemas dan dramatik di Stamford Bridge awal pagi tadi (waktu Malaysia) Chelsea menerajui permainan dengan jaringan minit kelapan menerusi Michael Essein, yang dijaringkan dari jarak kira-kira tujuh meter (20 kaki).

Jaringan Chelsea itu telah mengikat gerakkan Barcelona sehingga waktu kecederaan separuh masa kedua permainan.

Bagaimanapun keadaan berubah dengan memihak kepada Barcelona ekoran jaringan minit ketiga waktu kecederaan.

Awal pagi semalam United menempah tiket ke final dengan menewaskan Arsenal 3-1 dan dalam kiraan agregat 4-1.

Pada perlawanan pusingan pertama separuh minggu lalu Chelsea dan Barcelona menyudahkan permainan mereka tanpa jaringan.

Artikel Berikut

Artikel Lain