suria

Klinik Hoki bermula di Kuantan 16 Mei ini

IPOH: Persatuan Hoki PemainPemain Kebangsaan (NPHA) akan melancarkan Klinik Hoki Jelajah Malaysia bermula di Kuantan 16 Mei ini bagi mempersiapkan pemain bawah 16 tahun menghadapi Kejohanan Hoki Antara Parlimen Julai ini.

Presidennya Mohamad Abdul Hadi berkata selain Kuantan, klinik tersebut akan bergerak ke seluruh negara sebelum bermulanya kejohanan.

"Klinik ini akan memberi pendedahan dari aspek fizikal dan taktikal kepada pemain. Kita mahu setiap pasukan yang menyertai kejohanan akan membuat persediaan rapi dan memastikan pemain mereka mampu memberi saingan," katanya kepada Bernama.

Mohamad berkata klinik akan dikendalikan bekas pemain kebangsaan yang berpengalaman.

"Pada masa ini lebih 20 buah sekolah dari sekitar Pahang telah mengesahkan untuk menghadiri klinik itu sewaktu majlis pelancarannya," katanya.

Pihak yang berminat menyertai klinik ini diminta menghubungi Mohamad di talian 013-227 7068 atau melayari laman web www.pemainhokinegara.com. BERNAMA

Artikel Lain