suria

Selangor hampiri pendahulu Liga Super

PENYERANG Selangor Safee Sali (jersi merah) dikepung tiga pemain Perak pada perlawanan bola sepak Piala FA suku akhir pertama di Stadium Perak di sini malam tadi.
PENYERANG Selangor Safee Sali (jersi merah) dikepung tiga pemain Perak pada perlawanan bola sepak Piala FA suku akhir pertama di Stadium Perak di sini malam tadi.
PENYERANG Selangor Safee Sali (jersi merah) dikepung tiga pemain Perak pada perlawanan bola sepak Piala FA suku akhir pertama di Stadium Perak di sini malam tadi.

KUALA LUMPUR: Pendahulu Liga Super, Perlis mensia-siakan peluang beraksi di tempat sendiri apabila sekadar seri 0-0 dengan Kuala Muda NAZA, yang terpaksa beraksi dengan 10 orang pemain, dalam perlawanan di Stadium Utama Negeri, Kangar malam ini.

Walaupun kekal di tangga teratas dengan 29 mata, Perlis semakin dihampiri rapat Selangor yang kini ketinggalan hanya satu mata selepas menang malam ini.

Kuala Muda terpaksa dengan 10 pemain sejak minit ke-63, apabila Mohd Shazwan Zainol dibuang padang setelah menerima kad merah kerana mengasari Mohd Firdaus Fauzi.

Pada malam ini, nasib tidak menyebelahi Perlis apabila asakan demi asakan tidak membuahkan hasil apabila perlawanan berkesudahan tanpa jaringan.

Dalam perlawanan di Stadium Shah Alam, Selangor mengurangkan jurang mata dengan Perlis setelah menumpaskan Terengganu 31.

Tuan rumah tidak menunggu lama apabila membuka jaringan pada minit ke-14 melalui Rudie Ramli yang menampan masuk bola hasil hantaran lintang P.Gunalan.

Tidak mahu terleka dengan gol awal, Selangor selepas itu terus mengasak ke kawasan gol Terengganu dan Mohd Safee Sali menjadikan kedudukan 2-0 melalui rembatan 30 meternya untuk menewaskan penjaga gol Terengganu Shabinee Alawee.

Terengganu bagaimanapun membalas gol pada minit ke-81 melalui Abdul Manaf Mamat sebelum dibalas semula oleh Selangor pada minit ke82 sekali lagi melalui Mohd Safee.

Sementara itu, Negeri Sembilan naik ketangga ketiga liga selepas menundukkan Kelantan 2-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Gol pertama perlawanan hadir pada minit ke-11 melalui Shukor Adan yang mengambil peluang daripada situasi kelamkabut di depan gawang Kelantan untuk menumpaskan penjaga gol Mohd Shahrizan Ismail.

Pada minit ke-83, Shukor sekali lagi mencuri tumpuan apabila menanduk masuk sepakan percuma untuk kedudukan 2-0. BERNAMA

Artikel Lain