Mohd Fikri dilantik jurulatih sepak takraw wanita kebangsaan

Diterbitkan: Selasa, 31 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) melantik Mohd Fikri Mohd Nor sebagai penolong jurulatih sepak takraw wanita kebangsaan bagi menggantikan Allahyarham Rosli Ismail yang meninggal bulan lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan PSM, Tengku Adnan Tengku Burhanudin berkata perkara itu diputuskan pada mesyuarat minggu lepas setelah meneliti beberapa nama jurulatih yang dicadangkan.

"Beliau merupakan seorang jurulatih yang berpengalaman selain pernah melatih skuad kebangsaan Korea Selatan yang mengadakan latihan di Kuala Lumpur selama 2 minggu dalam tahun 2007," katanya di dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tengku Adnan berkata Mohd Fikri yang berusia 35 tahun juga mempunyai sijil kelayakan sebagai seorang jurulatih tahap II Sains Sukan dan pernah mengikuti kursus kecederaan di dalam sukan.

"Selain itu beliau berpengalaman luas sebagai seorang pemain di dalam pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak 1994 hingga 2008 yang pastinya memudahkan beliau untuk berganding dengan ketua jurulatih wanita kebangsaan, Osman Che Meh," katanya.

Tengku Adnan berkata Mohd Fikri akan memulakan tugasnya di kompleks Majlis Sukan Negara (MSN), Keramat bermula esok dan kontraknya adalah sehingga Sukan Asia 2010.

Sementara itu, skuad wanita kebangsaan yang kini giat berlatih di kompleks MSN akan mengadakan perlawanan ujian dengan beberapa kelab di Thailand bermula 18 April ini. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan