suria

Mew Choo, Hafiz layak ke suku akhir Terbuka India

HYDERABAD Biarpun baru pulih dari kecederaan lutut kanan, pemain wanita utama negara Wong Mew Choo berjaya melepasi cabaran pemain muda dari Hong Kong untuk mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka India di Stadium Gachibowli di sini hari ini.

Mew Choo, pemain pilihan ketiga di sini, terpaksa berhempas pulas untuk menewaskan Mong Kwan Yi 2111, 1421, 2118.

Walaupun, menguasai set pertama dengan persembahan bertenaga namum banyak kesilapan pada set berikutnya membawa padah kepada Mew Choo yang tewas 1421 sebelum bangkit semula merangkul set penentuan.

"Keadaan berangin dalam gelanggang menyebabkan bulu tangkis bergerak dengan pantas dan pukulan saya sering terkeluar sehingga menjejaskan tumpuan. Bagaimanapun, saya sempat mengawal perlawanan," katanya kepada Bernama.

Beliau, yang beraksi semula pada kejohanan antarabangsa selepas empat bulan ekoran kecederaan itu, akan menentang pemain Jepun Yu Hirayama pada saingan suku akhir esok. Dua lagi pemain wanita negara Julia Wong Pei Xian dan Lydia Cheah juga turut menjejaki langkah Mew Choo selepas masingmasing menewaskan pemain tuan rumah Ashwini Ponnappa 2116, 2116 dan Uchida Shizuka dari Jepun 2123, 1721, 216.

Dalam acara perseorangan lelaki, bekas juara All England, Hafiz Hashim turut melangkah ke suku akhir selepas menundukkan pemain China, Zhou Wenlong 2115, 1121, 2116.

Bagaimanapun, abangnya, Roslin, tidak begitu bernasib baik apabila disingkirkan oleh rakan senegara Lee Tsuen Seng 218, 2115.

Selain itu, Kuan Beng Hong dan Tan Chun Seang turut mara ke peringkat seterusnya pada kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai US$120,000 (RM432,000). BERNAMA

Artikel Lain