India mahu bawa pulang Piala Sultan Azlan Shah

Diterbitkan: Khamis, 26 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HYDERABAD: India kali ini berazam membawa pulang Piala Sultan Azlan Shah dalam kejohanan kali ke18 di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh dari 3 hingga 12 April ini.

Kali terakhir mereka menjuarai kejohanan ialah 14 tahun lalu iaitu pada 1995 di Kuala Lumpur.

Tahun lepas mereka hampir muncul juara tetapi disekat oleh Argentina 12 di Ipoh. Bekas ketua pasukan piala dunia India, Ajit Pal Singh berkata kali ini India akan membariskan pasukan terkuat.

"Kami akan meletakkan pasukan yang seimbang, antara campuran pemain muda yang berpengalaman dan pemain senior. Kami telah memilih pasukan terbaik untuk ke Kuala Lumpur.

"Mereka merupakan pemain penyerang dan flik yang baik. Kami sangat-sangat mahukan kemenangan. Jurulatih kami sedang bertungkus lumus untuk mengatur strategi," kata Ajit yang kini merupakan ketua jawatankuasa pemilihan Persekutuan Hoki India kepada Bernama.

Beliau yang kini berusia 62 tahun bertindak selaku kapten pasukan India yang menjuarai kejohanan hoki dunia di Kuala Lumpur pada 1975.

India kali ini akan diwakili 18 pemain dengan dikemudi oleh ketua pasukan Sandeep Singh, penjaga gol berpengalaman Adrain Dsouza, pemain pertahanan Dilip Tirkey Ajitesh Roy dan Prabhjot Singh.

Kejohanan kali ini akan menyaksikan hanya lima pasukan luar mengambil bahagian iaitu Argentina, India, Mesir, New Zealand dan Pakistan. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan