suria

Sembilan pemain lelaki, tiga wanita Malaysia di pusingan kedua

HYDERABAD: Sembilan pemain perseorangan lelaki Malaysia melayakkan diri untuk pusingan kedua Terbuka India Yonex Sunrise 2009 yang bermula hari ini.

Sekalipun berlaku upset awal pemain No.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei, kepada pemain tidak terkemuka China, Chen Long, akibat keracunan makanan, pemain lain terus mara di Gachibowli Stadium di Hyderabad.

Lee Tsuen Seng, Mohd Roslin Hashim, Daren Liew, Mohd Hafiz Hashim, Chong Wei Feng, Chan Kwong Beng, Sairul Amar Ayob, Tan Chun Seng dan Kuan Beng Hong telah melepasi halangan pertama.

Dalam perseorangan wanita, empat pemain Malaysia mengambil bahagian, Wong Mew Choo, yang beraksi selepas pulih dari kecederaan dipaksa bermain tiga set oleh pemain remaja India Aurndhati Pantawane, sebelum menang 1621, 2113, 2119.

Tetapi Daphne Ng Chew Yen, dengan mudah ditumpaskan oleh pemain utama India Saina Nehwal, pilihan kedua di pertandingan itu dan di ranking kesembilan dunia dengan mata 621, 1021, dalam hanya 21 minit.

BadmintonTerbuka India 2 (Akhir) Hyderabad Lydia Cheah Li Ya juga mara selepas mengalahkan Ayaka Takahashi dari Jepun 2113, 1521, 219.

Sementara pilihan kelima Julia Wong Pei Xian, menumpaskan Sayali Gokhale, India 2115, 2321, 2114, dalam perlawanan yang berlarutan hampir 50 minit.

Keputusan: Lee mn Vidyadhar (Ind) 2115, 2114, Daren mn Sourabh Verma (Ind) (menang percuma), Roslin mn Sashidhar C.M. (Ind) 2114, 2114, Hafiz mn Sumeeth Reddy (Ind) 2111, 2112, Chong mn Utsav Mishra (Indon) 2112, 2111, Chan mn Saurav Kapoor (Ind) 2114, 219, Sairul mn Sachin Ratti (Ind) 2110, 2111, Tan mn Thomas Kurian (Ind) 2116, 2119 dan Kuan mn Oscar Bansal (Ind) 2119, 211. BERNAMA

Artikel Lain