suria

Tangga teratas Liga Perdana masih milik Harimau Muda

KUALA LUMPUR: Harimau Muda mengekalkan kedudukan teratas Liga Perdana apabila menewaskan Melaka 30 pada perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Asakan Harimau Muda pada awal separuh masa pertama menghasilkan gol pasukan itu apabila Ahmad Shakir Md Ali merembat masuk dari luar kotak penalti seawal minit ke-4 perlawanan.

Pada minit ke-14, K. Gurusamy merebut peluang di depan gol apabila menyambut bola yang gagal ditangkap kemas penjaga gol Melaka Mohd Jibrail Kamarul.

Ahmad Aminuddin Shaharuddin pada minit ke-65 mencuri tumpuan apabila menyumbat gol ketiga Harimau Muda berpunca daripada hantaran lambung Mohd Fandi Othman.

Masih mengekori rapat di tangga kedua liga, Johor mengetepikan cabaran tuan rumah Sarawak 10 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Negeri Sarawak.

Gol Johor dijaringkan Azrine Affendy Saduddin pada minit ke-13.

Di Stadium Likas, tuan rumah, Sabah gagal mengambil kesempatan untuk memperbaiki kedudukan dalam liga apabila tunduk 12 dengan pasukan pelawat TTeam yang mengekalkan kedudukan di tangga ketiga liga.

Gol TTeam dijaringkan Rosdi Talib pada minit ke28 dan minit ke60 manakala Sabah memperoleh gol saguhati melalui jaringan Vun Ket Ming pada minit ke-47.

Dengan keputusan malam ini, Harimau Muda, Johor dan TTeam mengekalkan kedudukan yang dicatatkan minggu lepas iaitu masing-masing di tempat teratas, kedua dan ketiga liga, selepas menamatkan tujuh perlawanan.

Menghuni tangga keempat liga Proton FC yang menewaskan Shahzan Muda 10 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya dekat sini.

Sementara Kuala Lumpur naik satu tangga di tangga kelima liga apabila membenam Selangor PKNS 30 di Stadium Bolasepak Cheras. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain