Chong Wei, Nicol Olahragawan dan Olahragawati 2008

Diterbitkan: Isnin, 23 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEMENANGAN KALI KEDUA...Pemain skuasy nombor satu dunia, Datuk Nicol Ann David dan pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei dipilih sebagai pemenang gelaran Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2008. Chong Wei bagaimanapun tidak dapat hadir dan diwakili oleh bapanya, Lee Ah Chai. Foto The Star Oleh AZHAR MAHROF
KEMENANGAN KALI KEDUA...Pemain skuasy nombor satu dunia, Datuk Nicol Ann David dan pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei dipilih sebagai pemenang gelaran Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2008. Chong Wei bagaimanapun tidak dapat hadir dan diwakili oleh bapanya, Lee Ah Chai. Foto The Star Oleh AZHAR MAHROF

KUALA LUMPUR: Pemain badminton Datuk Lee Chong Wei dan ratu skuasy Datuk Nicol Ann David malam ini dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2008 bagi mengulangi pencapaian mereka pada 2005.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan dua hadiah utama Anugerah Sukan Negara 2008 tersebut yang diiringi trofi dan ganjaran RM10,000 pada satu majlis di sebuah hotel di sini malam ini.

Chong Wei, 26, kini pemain perseorangan lelaki nombor satu dunia, memulakan musim lepas dengan kejayaan menjuarai Siri Super Terbuka Malaysia, buat kali keempat berturut-turut.

Pemain berasal dari Pulau Pinang itu kemudian muncul juara Siri Super Terbuka Singapura dan Siri Super Masters Final di Kota Kinabalu pada Disember lepas. Beliau turut muncul naib juara Siri Super Terbuka Jepun, Terbuka Macau dan Siri Super Terbuka China. Beliau merangkul pingat perak dalam acara perseorangan lelaki di Sukan Olimpik Beijing pada tahun lepas setelah tewas kepada jaguh China, Lin Dan.

Nicol, 26, juga dari Pulau Pinang, berjaya mengekal ranking teratas dunia sejak tiga tahun lepas dan memenangi kesemua 10 kejohanan profesional, termasuk kejohanan perseorangan dunia, serta mengetuai pasukan skuasy Malaysia meraih tempat ketiga dalam Kejohanan Pasukan Wanita Dunia.

Pasukan memanah lelaki kebangsaan yang dibarisi oleh Cheng Chu Sian, Muhammad Marbawi Sulaiman dan Wan Mohd Khalmizam Wan Abdul Aziz dipilih sebagai Pasukan Lelaki Kebangsaan 2008 manakala Pasukan Wanita Kebangsaan 2008 ialah skuad skuasy wanita kebangsaan terdiri daripada Nicol, Sharon Wee, Delia Odette Arnold dan Low Wee Wern.

Pada Sukan Olimpik Beijing, pasukan memanah lelaki Malaysia meraih tempat keenam dalam acara Recurve Lelaki manakala skuad skuasy wanita kebangsaan muncul juara Kejohanan Skuasy Senior Asia yang diadakan di Kuwait pada Februari tahun lepas.

Bersama dengan kejayaan di Kejohanan Pasukan Wanita Dunia di Kaherah, Mesir, meletakkan pasukan Malaysia itu sebagai yang terbaik di Asia dan ketiga dunia.

Kedua-dua pemenang Pasukan Lelaki Kebangsaan dan Pasukan Wanita Kebangsaan, masingmasing menerima RM10,000.

Datuk Misbun sidek, jurulatih badminton perseorangan yang menjadi guru kepada Chong Wei, dipilih sebagai Jurulatih Lelaki Kebangsaan dan membawa pulang RM5,000 manakala bagi kategori Jurulatih Wanita Kebangsaan, tiada pemenang.

Zul Amirul Sidi Abdullah yang memenangi dua emas serta satu perak dalama acara renang pada temasya Asean Paragames keempat di Korat, Thailand, dipilih sebagai Olahragawan Paralimpik Kebangsaan manakala Siow Lee Chan yang memenangi pingat gangsa dalam acara powerlifting Sukan Olimpik Beijing adalah Olahragawati Paralimpik Kebangsaan dan masingmasing menerima RM10,000.

Anugerah Kepimpinan Sukan diberikan kepada chefdemission Malaysia ke Sukan Olimpik di Beijing pada tahun lepas, mendiang Datuk Ho Koh Chye, manakala Anugerah Khas diberikan kepada Nellan Vellasamy dari sukan golf dan Petrina Low Lain Hun dari gimnastik. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan