suria

Permohonan cerai dah lulus? Netizen minta Aliff Syukri hargai isteri - “Lima zuriat dia dah bagi, bertarung nyawa untuk Datuk!”

Aliff enggan mengulas mengenai surat tuntutan cerai isterinya yang dimuat naik di Instastory.

PENDEDAHAN surat tuntutan cerai daripada Datin Seri Nur Shahida dan rantaian status sedih yang dimuat naik usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri di Instagram miliknya menjadi perbualan hangat netizen.

Menerusi Instastory, Aliff memberi gambaran seolah-olah satu keputusan sudah dicapai membabitkan status rumah tangganya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah tangga goyah, Aliff Syukri 'unfollow' isteri di IG - “Dulu saya bahagia tapi...”

"Permohonan diluluskan... cepatlah masa berlalu supaya jangan banyak lagi benda yang buat saya malu," tulisnya.

Status yang dimuat naik Aliff mengundang pelbagai andaian netizen.

Malah Aliff turut memuat naik posting memberitahu apa sahaja cabaran perlu dihadapi dengan kesabaran walaupun kasih sayang yang diberikan tidak dihargai.

"Kesulitan itu bukan untuk ditangisi tetapi untuk dihadapi dengan kesabaran dan ketenangan kerana cinta itu layak diperjuangkan tetapi tidak akan bererti apa-apa jika ia tidak pernah dihargai," katanya.

Rata-rata netizen ingin mengetahui status hubungan rumah tangga penyanyi lagu Cuba Bahagia itu dan isterinya, Nur Shahida yang dikatakan sebelum ini berhadapan masalah.

Malah, terdapat segelintir netizen menasihati Aliff agar lebih menghargai isterinya yang telah banyak berkorban dan bertarung nyawa untuk melahirkan lima orang mereka.

Cepatlah masa berlalu supaya jangan banyak lagi benda yang buat saya malu.

ALIFF SYUKRI

USAHAWAN KOSMETIK

"Buang ego... susah nak cari isteri macam yang Datuk ada sekarang. Lima zuriat dia dah bagi kat Datuk... bertarung nyawa tau kena ingat tu. Di sebalik kejayaan suami tulang belakang dia adalah isteri.

"Baiki diri masing-masing. Dekatkan diri dengan Allah, InsyaAllah ada jalan terbaik. Datuk dan datin telah lalui saat susah senang bersama dulu. Jangan pernah putus asa berdoa, pujuk hati isteri.

"Walau siapa pun pasangan Datuk yang akan datang, tak akan setanding dengan datin... dia adalah wanita yang terbaik untuk anda," komen beberapa netizen di laman sosial.

Dalam pada itu, Aliff menerusi laporan Harian Metro enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu namun hanya membalas pertanyaan dengan emoji sedih sahaja.

Foto Aliff bersama isteri dan anak-anak yang masih ada di Instagramnya.

Sebelum ini, kemelut rumah tangga pasangan itu mula diperkatakan ramai apabila Aliff bertindak tidak lagi mengikuti isterinya di laman Instagram sehingga mengundang pelbagai andaian netizen.

Menerusi laporan mStar pada 13 Mac lalu, Aliff bagaimanapun menegaskan hubungan dia dan isteri dalam keadaan baik sahaja.

Pasangan ini berkahwin pada 2007 dan dikurniakan lima orang anak iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem, Yusoff Al Qardawy dan Raudhah Arshiyah serta seorang anak angkat.

Aliff Syukri, Nur Shahida

Artikel Lain