suria

Pelaku seks songsang rupa-rupanya lelaki Mexico, bukan Ammar Alfian!

Imej tatu pada individu dalam video tersebut tidak sama dengan tatu yang ada pada Ammar.

KETIKA ramai pihak kecoh mengenai penularan sebuah video tidak senonoh di media sosial, pelakon Ammar Alfian menerusi Instagram tampil bersuara mengenai kewujudan sebuah berita palsu.

Sungguhpun tiada mana-mana laporan mengenai video berkenaan menyebut nama Ammar secara langsung, namun posting berkenaan dibuat sebaik berita berkenaan hangat dibincangkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Video seks songsang mirip pelakon lelaki tersebar

“Apabila anda tahu itu berita palsu dan cubaan untuk menjatuhkan anda tapi anda terus bermain dengannya.

“Orang yang percaya kepada khabar angin dan berita palsu boleh digelar kambing,” tulisnya.

Ammar memuat naik status berkaitan fitnah terhadapnya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, Ammar percaya kebenaran akan muncul.

“The truth will come out” ujarnya.

Sementara itu, Ammar turut membalas komen beberapa netizen yang mengaitkan namanya di ruangan komen Instagram @mstaronlineofficial.

Ammar berkata, tatu yang ada pada badan lelaki dalam video tersebut bukan bermakna dia adalah individu berkenaan.

“Oh asal ada tatu, badan tegap saja aku la? Ramai cakap sama, kau pun ya saja? Macam tu? Patutlah fitnah semakin berleluasa. Okay kita tunggu ya.

Imej yang dikirimkan kepada mStar bagi menafikan penglibatan Ammar dalam hubungan seks tidak bermoral.

“Kenapa tag? Anda fikir itu adalah saya? Kalau kebenaran keluar dan ia bukan saya apa yang anda akan dapat? Saya akan cari anda,” balas Ammar di komen beberapa netizen.

Terdahulu, sebuah video seks mirip pelakon lelaki tersebar di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Menerusi laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal mengesahkan menerima laporan berhubung perkara itu.

Dalam pada itu mStar turut menerima imej lelaki melakukan hubungan seks namun individu itu selain mempunyai tatu pada bahagian dada, ia turut mempunyai lakaran pada bahagian lengan.

Bagaimanapun Ammar Alfian tidak mempunyai tatu pada lengannya.

Sementara itu, Ammar menerusi Instastory turut mendedahkan beberapa foto individu berkenaan yang dipercayai berasal dari Mexico.


Ammar Alfian

Artikel Lain