suria

Nadia Brian sanggup berkemban, berdepan 18 ekor kala jengking atas katil

Nadia Brian bangga dapat lakonkan watak Cik Siti. Foto: SYAMIMI ZAINAL

DEMI merealisasikan watak Siti dalam filem Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda, pelakon Nadia Brian terpaksa berkemban dalam salah satu babak filem tersebut.

Nadia atau nama sebenar Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 28, berkata dia tidak kisah melakonkan babak tersebut kerana ingin memastikan ia bersesuaian dengan latar masa dalam filem berkenaan.

"Mula-mulanya tiada babak berkemban dalam sungai... tapi atas kehendak abang Bade Hj Azmi (pengarah) yang mahu ikut situasi masa filem itu, jadi berkemban saja yang sesuai.

ARTIKEL BERKAITAN: A. Aida labur ratusan ribu ringgit untuk CGI filem Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda - “Hasilnya… boleh tuju pada KRU”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya rasa biasa saja, tak terlampau seksi pun” - Nadia Brian ambil tindakan terhadap pihak jatuhkan reputasinya

"Pada tahun 1950-an itu, berkemban di sungai adalah biasa, jadi kalau tak buat tak nampak real pula sebab itulah saya cuba buat babak itu nampak lebih baik.

"Suami sentiasa menyokong, kami tengok sama-sama semasa tayangan perdana dan dia tak kisah mengenai babak itu. Malah, saya juga bangga dapat bawa watak Siti dengan jayanya," katanya kepada mStar.

Nadia terpaksa berdepan dengan 18 ekor kala jengking.

Nadia ditemui semasa tayangan filem tersebut yang diadakan di MM Cineplex, eCurve, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Dalam filem Ratu Kala Jengking, Nadia membawakan watak Cik Siti iaitu seorang wanita yang terkena sumpahan mengakibatkan 99 orang lelaki yang mengahwininya mati pada malam pertama.

Antara babak yang susah dan mencabar ialah saya kena golekkan diri dan terjun di kawasan gaung tanpa bantuan pelakon aksi.

NADIA BRIAN

PELAKON

Selain Nadia, filem ini turut menampilkan pelakon Amar Asyraf, Datuk Fizz Fairuz, Eyra Hazali, Octavia Manrose, Eyra Hazali dan Firman Siagian.

Sementara itu, Nadia berkata watak yang dibawa olehnya agak mencabar, selain itu dia perlu melakonkan beberapa aksi merbahaya dalam filem ini.

Barisan pelakon filem Ratu Kala Jengking.

"Antara babak yang susah dan mencabar ialah saya kena golekkan diri dan terjun di kawasan gaung tanpa bantuan pelakon aksi.

"Kami jalani penggambaran di sebuah hutan simpan di Kota Tinggi, jadi pukul 6 pagi kami dah masuk hutan diiringi dengan polis kerana kawasan itu dijaga.

"Selain itu, ada babak yang kita gunakan 18 ekor kala jengking yang real semasa di atas katil... memang bahaya kalau kena sengatan rasanya terus masuk hospital," ujarnya.

Filem arahan Bade Hj Azmi ini akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 27 Februari ini.

Nadia Brian, Ratu Kala Jengking

Artikel Lain