suria

“Jatuh dalam toilet, sesak nafas ketika tidur” - Shiha Zikir dedah alami panic attack

Shiha memberitahu serangan panik yang dialami berkemungkinan berpunca daripada banyak berfikir dan kurang rehat.

MESKIPUN perwatakannya sentiasa ceria namun penyanyi Shiha Zikir mendedahkan dia berdepan penyakit serangan panik (panic attack).

Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir, 33, berkata penyakit itu datang secara tiba-tiba yang membuatkan dia mengalami sesak nafas.

ARTIKEL BERKAITAN: Shiha Zikir bimbang gagal kawal emosi, terkenang arwah bapa

"Sebelum ini memang ada tapi dah lama juga saya tak kena serangan panik itu tapi sejak akhir-akhir ini, serangan itu datang kembali.

Shiha pernah terbaring beberapa minit dalam toilet disebabkan alami serangan panik.

"Dua minggu lalu, saya mengalami sesak nafas secara tiba-tiba ketika sedang tidur dan saya rasa macam dah nak mati.

"Air mata saya mengalir tanpa henti sebab rasa sakit sangat. Nasib baik ada mak dan abang saya yang tolong ketika itu.

"Hari Isnin lalu, saya kena lagi tapi kali ini saya jatuh dan terbaring tak boleh bangun untuk beberapa minit dalam toilet," katanya kepada mStar.

Shiha ditemui ketika di sidang media selepas tamatnya konsert ketiga Dansa Dan Sing di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam malam Ahad.

Mungkin serangan panik datang balik sebab tak cukup rehat dan banyak sangat fikir. 

SHIHA ZIKIR

PENYANYI

Pada minggu separuh akhir program itu, Shiha mendapat markah tertinggi daripada juri namun kurang dari segi markah undian.

Selain Shiha, lima peserta lain iaitu Sophia Liana, Chubb-E, Waris, Wani Kayrie dan Raja Syahiran turut berjaya ke pentas akhir.

Guru tari terkenal Linda Jasmine dan ikon fesyen negara, Datuk Rizalman Ibrahim berperanan sebagai juri tetap manakala pelawak Zizan Razak sebagai juri jemputan pada malam itu.

Dalam pada itu, Shiha memberitahu serangan itu berkemungkinan berpunca daripada kurang rehat dan terlalu banyak berfikir.

Shiha sentiasa ingin buat yang terbaik dalam setiap persembahannya.

Bagaimanapun, ia tidak menghalang penyanyi lagu Pipiyama ini untuk melakukan yang terbaik dalam setiap persembahannya.

"Buat masa sekarang saya tak ada ambil ubat atau jalani rawatan sebab saya ada doktor peribadi yang mengetahui tentang masalah ini.

"Mungkin serangan panik datang balik sebab tak cukup rehat dan banyak sangat fikir. Saya pula jenis nak semua benda sempurna.

"Orang tak nampak apa yang kita lalui. Yang mereka (netizen) tahu hanya nak kritik saja. Tapi tak apa, macam mana pun saya tetap akan buat yang terbaik," ujarnya.

Shiha Zikir, Dansa Dan Sing

Artikel Lain