suria

Bukan sebab nak kahwin tapi jadual terlalu sibuk, Neelofa bakal bawa jenamanya ke Indonesia

Neelofa bakal kembangkan kerjayanya di Indonesia.

PENGACARA dan pelakon Neelofa mengakui berasa gementar untuk mencuba nasib bagi melebarkan jenamanya di Indonesia pada tahun hadapan.

Menurut Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 30, dia mengambil masa yang agak lama sebelum mengambil keputusan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya perlu lepaskan sesuatu untuk sesuatu yang lain” - Neelofa umum undur diri daripada MeleTop

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa sangkal khabar angin kahwin tahun depan - “Ini bukan zaman dulu nak sorok-sorok bercinta”

"Saya bukan menetap terus di Indonesia, tetapi akan berulang-alik sahaja. Segala urusan dan jadual saya pada tahun hadapan sudah dirancang dengan baik.

Neelofa bakal melebarkan kariernya di Indonesia.

"Sebenarnya nak ke sana itu sangat susah sebab itu saya agak gementar. Saya memikirkan tentang perkara ini pun dah lama.

"Memang saya ambil masa untuk fikir betul-betul dan mampu atau tidak saya nak lebarkan sayap di sana," kata Neelofa kepada mStar.

Pelakon drama popular Red Velvet itu ditemui selepas tamat program meleTop di Studio Astro, Bukit Jalil pada Selasa.

Sebelum ini, Neelofa membuat pengumuman untuk mengundur diri selepas lapan tahun mengacarakan program itu bersama pelawak Nabil Ahmad.

Neelofa bersyukur jadual kerjanya pada tahun hadapan disusun dengan baik.

Menerusi laporan mStar pada Selasa, ahli perniagaan itu memberitahu keputusan tersebut dibuat berikutan mempunyai rancangan lain dalam kerjayanya.

Dalam pada itu, Neelofa memberitahu dia berani menyangkal dakwaan bakal berkahwin pada tahun hadapan disebabkan kesibukan jadualnya.

"Saya boleh tepis dakwaan gosip kahwin sebab tahun hadapan akan menjadi sibuk untuk saya. Bulan Februari, Naelofa akan membuat penjenamaan semula.

"Nak pergi minggu fesyen, nak lebarkan sayap di Indonesia dan macam-macam lagi la. Tapi apa-apa pun, jadual saya sudah disusun dengan baik," ujarnya. 

Neelofa, MeleTop

Artikel Lain