suria

Finas jangan ‘angkat’ isu remeh! Pengarah kecewa isu mekap dapat keutamaan - “Lebih baik bantu kami selesai harga content”

Shuhaimi Lua berharap Finas dapat menyelesaikan isu rate harga yang masih tidak berubah.

KEPUTUSAN melarang pelakon muda disolek memegang watak orang tua dalam drama atau telefilem mengundang pelbagai reaksi penggiat seni termasuklah penerbit dan pengarah terkenal, Shuhaimi Lua.

Menurut Shuhaimi, banyak lagi isu membabitkan industri kreatif dan perfileman yang perlu diketengahkan pihak stesen televisyen dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berbanding hal membabitkan mekap artis.

"Bagi saya isu artis muda mekap jadi tua ini terlalu remeh dan lebih baik diserahkan sahaja kepada persatuan seni negara seperti Seniman atau pun Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM).

ARTIKEL BERKAITAN: “Pelik juga tengok watak anak dengan ibu hampir sebaya” - Netizen sokong Finas larang pelakon muda disolek jadi tua

ARTIKEL BERKAITAN: Michael Ang bantah larangan Finas solek pelakon muda jadi tua - “Kenapa tak buat undang-undang pelakon kayu dilarang keluar TV?

"Lebih baik jika Finas bantu kita memikirkan mengenai rate harga untuk setiap produk yang masih tidak berubah sejak berbelas tahun lalu.

"Jika Finas dan stesen televisyen boleh tetapkan sesuatu peraturan baru, mungkin mereka juga boleh bawa isu harga pembelian content ini kerana ia masih tiada penghujung. Kasihanlah dekat kami!," katanya kepada mStar.

Shuhaimi tak pernah meminggirkan pelakon veteran.

Pada Rabu lalu, Pengerusi Finas iaitu Datuk Hans Isaac memaklumkan semua stesen penyiaran bersepakat untuk tidak lagi membenarkan pelakon muda disolek memegang watak orang tua dalam drama atau telefilem terbitan mereka.

Hans berkata syarat baharu yang dikenakan itu bertujuan untuk menjaga hak dan kebajikan artis veteran.

Rasanya hanya segelintir sahaja cerita yang guna orang muda bawa watak orang tua, itu pun sebab nak wajah pelakon yang sama kerana perbezaan masa!

SHUHAIMI LUA

PENGARAH DAN PENERBIT

Sementara itu, Shuhaimi berkata sebagai pengarah dia masih mengutamakan bakat pelakon veteran.

Namun katanya terdapat beberapa faktor menyebabkan dia terpaksa menggunakan pelakon yang sama untuk membawa watak orang tua.

Shuhaimi harap Finas dapat bantu selesaikan isu bayaran untuk drama dan telefilem yang masih tidak berubah.

"Rasanya hanya segelintir sahaja cerita yang guna orang muda bawa watak orang tua, itu pun sebab nak wajah pelakon yang sama kerana perbezaan masa... kita bukan Hollywood ada kesan khas yang dapat membantu.

"Kalau watak itu mengenai orang tua, kita memang akan tawarkan pelakon lebih berusia untuk berlakon dan dalam drama saya sebelum ini pun usia setiap watak memang sesuai dengan pelakon.

"Difahamkan ada sesetengah production terpaksa menggunakan orang sama kerana kekurangan bajet, artis utama minta harga tinggi sampai tak mampu nak bayar pelakon veteran, tapi kes begini jarang!," ujarnya yang kini mula menceburi bidang perniagaan, Kopi Cak Pong.

Shuhaimi Lua, Finas

Artikel Lain