suria

“Hadiah ini untuk mereka yang jatuhkan saya” - Sindiran sinis Haneesya Hanee

Haneesya Hanee dinobatkan Anugerah Artis Baharu Wanita Popular, ABPBH32.

SELEBRITI Haneesya Hanee tidak dapat menahan sebak apabila namanya diumumkan sebagai pemenang Anugerah Artis Wanita Baharu Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH32) pada Ahad.

Haneesya atau nama sebenarnya, Sharifah Haneesya Sayed Sahlan, menganggap penarikan anugerah Dewi Remaja yang diterimanya sebelum ini sebagai suatu rahmat apabila berjaya merangkul anugerah dalam ABPBH32.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan salah Haneesya Hanee, tapi saya gagal didik anak” - Ibu

ARTIKEL BERKAITAN: Haneesya Hanee menangis sebab sup sirip ikan yu, netizen kata sekadar air mata ‘drama’ - “Itu betul-betul bukan berlakon”

"Alhamdulilah, kisah silam telah mengajar saya untuk jadi lebih baik daripada pelbagai aspek terutamanya dari segi sikap.

"Apabila Allah tarik satu perkara, dia akan bagi yang lebih baik. Terbukti malam ini bila saya menang anugerah ini," jelas Hanee kepada mStar.

Pelakon Adam Lee turut dinobatkan Anugerah Artis Baharu Lelaki Popular ABPBH32

Hanee, 19, yang pernah menjadi bualan hangat apabila beberapa video aksi dia sedang berparti di kelab malam tersebar luas selepas kemenangannya sebagai juara program Dewi Remaja 2018/2019.

Dia bagaimanapun berterima kasih kepada individu yang menjatuhkannya kerana perkara itu akhirnya menjadi pembuka pintu rezekinya dalam dunia hiburan.

"Hadiah ini untuk mereka. Kepada yang membenci dan menjatuhkan saya, mereka tahu siapa mereka, terima kasih kerana tanpa anda saya tidak mungkin berada di sini,” katanya menyindir pihak-pihak yang tak puas hati terhadapnya selama ini.

Sementara itu, kategori Artis Baharu Lelaki Popular pula dimenangi oleh Adam Lee.

Haneesya Hanee, abpbh32, Adam Lee

Artikel Lain