suria

Fattah Amin menang anugerah tapi kenapa tak muncul? - “Kurang sihat dan tidak bermaya”

Fattah Amin menjelaskan sebab tidak dapat hadir ke malam ABPBH32.

KETIDAKHADIRAN pelakon Fattah Amin semasa malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 (ABPBH32) pada malam Ahad mengundang pertanyaan peminat.

Lebih-lebih lagi apabila namanya diumumkan sebagai pemenang kategori Pelakon Filem Lelaki Popular dan hanya pihak pengurusan mewakili Fattah naik ke pentas bagi menerima trofi kemenangan.

Menurut Fattah, 29, kesibukan kerja membuatkan kesihatannya terganggu sehingga tidak dapat menghadiri malam anugerah tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Percaturan kerjaya Fattah Amin mula fikir kualiti berbanding kuantiti

ARTIKEL BERKAITAN: Mira Filzah paling popular! Menang besar di ABPBH32

"Buat pengetahuan semua, saya masih lagi sibuk dengan penggambaran filem terbaru saya Miimaland disertai dengan pelbagai tugas-tugas lain.

"Jadual padat saya telah membuatkan saya kurang sihat dan tidak bermaya justeru tidak dapat hadir ke majlis ABPBH semalam.

"Anugerah ini akan menjadi pembakar semangat untuk saya terus bekerja keras dalam memberikan persembahan yang terbaik untuk filem yang ditugaskan sekarang dan masa-masa akan datang," katanya.

Pelakon filem KL Special Force ini menjawab pertanyaan peminat itu menerusi Instagram pada Isnin.

Dalam kesibukan serta fokus dalam tugas lakonan, saya dikejutkan dengan rezeki kemenangan! Alhamdulillah... saya amat bersyukur di atas kurniaan rezeki Allah SWT

FATTAH AMIN

PELAKON

Sebelum itu, di laman Twitter ada penonton yang mempersoalkan kehadiran Fattah dan menganggap aktor tersebut tidak menyokong anugerah hiburan tanah air.

"Fattah Amin ni bukan datang pun anugerah semua. Lain kali tak payah calonkan dia.

"Fattah Amin setiap kali menang anugerah tak datang tak payah menanglah," tulis netizen.

Pengguna Twitter mempersoalkan ketidakhadiran Fattah Amin.

Dalam pada itu, suami kepada aktres Nur Fazura ini mengakui terkejut dengan keputusan tersebut dan menganggap ia adalah hasil kerja keras peminat yang tidak henti menyokong serta mengundi.

"Dalam kesibukan serta fokus dalam tugas lakonan, saya dikejutkan dengan rezeki kemenangan! Alhamdulillah... saya amat bersyukur di atas kurniaan rezeki Allah SWT ini.

"Ucapan terima kasih saya juga buat semua peminat yang mengundi saya, yang ikhlas menyokong saya dan kerjaya saya walau apa pun keadaan. Saya mendoakan semoga Allah SWT merahmati anda semua," katanya.

ABPBH32 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya menyaksikan pelakon Mira Filzah diangkat sebagai Bintang Paling Popular bagi edisi kali ini.

Fattah Amin, ABPBH32

Artikel Lain