suria

“Betulkah As'ad hamilkan teman wanitanya?” - Ibu tampil jawab pendedahan As'ad Motawh tentang kemurungan

Ibu As'ad Motawh berkata terdapat babak rekaan dalam MV lagu Selamanya.

MUZIK video lagu baharu As'ad Motawh berjudul Selamanya menceritakan kisah benar pengalaman penyanyi itu berdepan dengan kemurungan mendapat perhatian netizen.

Bagaimanapun, ibu kepada penyanyi itu, Datuk Yustita J Al-Djabbarn menjelaskan, terdapat beberapa babak yang ditambah untuk menjadikan jalan cerita lebih dramatik.

Katanya, ia termasuk satu babak seorang wanita yang melakonkan watak kekasih As'ad menunjukkan alat ujian kehamilan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Terpulang nak terima atau tak!” - As'ad akui tegur instafamous Vietnam, foto ghairah punca diganggu lelaki miang

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat wanita menerpa peluk As'ad Motawh

"Kepada kelab peminat Asadious yang mesej peribadi aunty, (tanya) betulkah As'ad hamilkan teman wanitanya? Jawapannya, belum pernah dan Insya-Allah tidak pernah! Itu hanyalah cerita di dalam MV sahaja.

Penjelasan Yustita di Instagram.

"Begitu juga dengan adegan di mana aunty terlantar sakit dan As’ad kelihatan seperti seorang yang sudah hilang akal menyusun banyak gelas yang berisi air.

"Selamanya mengisahkan tentang pengalaman As’ad yang pernah melalui kemurungan akibat dikecam hebat oleh haters. Skrip cerita di dalam MV Selamanya telah diubahsuai untuk menjadikan ia kelihatan lebih dramatik dan mendebarkan," katanya.

Yustita menjelaskan mengenai perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Khamis.

Dalam pada itu, Yustita berharap penjelasannya itu dapat mengubah persepsi buruk penonton yang menganggap MV itu berdasarkan kisah benar perjalanan hidup As'ad sepenuhnya.

Peminat memuji perjalanan kisah dalam MV lagu tersebut.

Dalam pada itu, dia turut berterima kasih dengan sokongan peminat yang tidak henti-henti menyokong karier seni penyanyi berusia 18 tahun itu.

"Semoga penjelasan ini mencerahkan persepsi dan prasangka semua. Terima kasih Asadious. You are amazing, your care, love and prayers will surround As’ad Motawh and family with unbreakable protection. Amin Ya Allah," katanya.

Muzik video lagu tersebut sudah boleh ditonton di Youtube dan menerima hampir 300,000 jumlah tontonan sejak dimuat naik pada 13 September lalu.

Selamanya merupakan lagu ciptaan As'ad Motawh dan Isma Sane.

Asad Motawh

Artikel Lain