suria

Mawar Rashid imbau kejadian dikecam kerana tak tahu GST - “Saya trauma dan takut nak bercakap”

Mawar trauma selepas dikecam teruk gara-gara tidak tahu mengenai pelaksanaan GST pada empat tahun lalu.

PELAKON Mawar Rashid pernah mengalami trauma selepas menerima kecaman gara-gara tidak tahu mengenai pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ketika terlibat dalam pertandingan Dewi Remaja 2014/2015 empat tahun lalu.

Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 24, berkata ketika itu dia menjadi takut untuk bercakap dan badan menjadi sejuk serta berpeluh setiap kali ditemu bual.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau meluat, jangan tengok”- Mawar Rashid manja dengan suami, netizen pula panas hati

Bagaimanapun, dia bersyukur selepas berkahwin, suaminya Raf Yaakob banyak mengajar dia untuk mendapatkan keyakinan semula.

"Kalau kena kecam sedikit itu, saya faham la sebab biasalah haters ini ada yang hati baik dan tak baik. Tapi bila satu Malaysia kecam itu memberikan tekanan berbeza kepada saya.

Sokongan peminat dan adik kepada Mawar.

"Selepas tamat program itu, kalau ada orang nak temu bual saya jadi kaku, macam trauma. Saya nak bercakap jadi takut, badan jadi sejuk dan berpeluh.

"Tapi Alhamdulillah sejak bertemu suami saya, dia banyak mengajar cara macam mana nak jadi yakin semula," kata Mawar menerusi temu bual Majalah Remaja.

Sebelum ini, video Mawar tidak tahu mengenai pelaksanaan GST ketika terlibat dengan pertandingan tersebut menjadi viral dan menerima kecaman netizen.

Mawar dianggap tidak bersedia dan mengambil tahu tentang perkembangan semasa yang berlaku dalam negara.

Dalam pada itu, Mawar memberitahu sehingga kini dia masih berasa belum bersedia memberi penjelasan mengenai kontroversi tersebut namun menganggap apa yang berlaku menjadikan dia lebih matang.

Suami banyak mengajar Mawar untuk kembalikan keyakinan.

"Sebenarnya waktu itu saya tak bersedia nak bagi penjelasan dan sampai sekarang saya tak sedia. Terlalu banyak tekanan, macam terkena tsunami satu Malaysia cakap bukan-bukan tentang saya.

"Bagi saya, anda semua tak ada hak nak mencaci orang lain. Sebab kita semua ada perasaan walaupun kita artis. Tapi apa-apa pun, apa yang terjadi itu membuatkan saya jadi lebih matang.

"Sekarang ini dah macam kalis dengan semua itu. Bila ada yang kecam, saya kata pada diri sendiri yang sebelum ini pernah kena lagi teruk.

"Saya bangkit semula dan bersyukur orang ada orang disekeliling saya iaitu keluarga, rakan dan peminat yang sentiasa sokong," ujarnya.

Mawar Rashid, Raf Yaakob

Artikel Lain