suria

Nina Iskandar hamil, bakal lahir anak generasi 'Wawasan 2020'

Nina berkongsi berita gembira mengenai kehamilannya di Instagram.

PELAKON Nina Iskandar mengumumkan berita gembira dia kini sedang hamil anak sulung.

Menerusi Instagram, Nina, 28, berkata kehamilannya itu merupakan satu rahmat dan hadiah paling istimewa untuk dia dan suami.

"Bismillahirrahmirrahim... masa berlalu dengan begitu pantas dan pelbagai perkara berlaku dalam hidup saya dalam masa singkat.

ARTIKEL BERKAITAN: Nina Iskandar bergelar isteri penolong pengarah Lan Lebah April lalu

"Kejutan hebat... tetapi hanya rahmat selepas rahmat. Syukur Alhamdulillah, saya dan suami gembira akhirnya dapat mengumumkan pada semua ada si kecil yang sedang dalam perjalanan.

"Terima kasih atas semua doa kalian," tulisnya tanpa berkongsi usia kandungan pada Jumaat.

Nina mengumumkan berita kehamilan di Instagram.

Ruangan komen pada foto tersebut dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada peminat dan rakan artis.

Mereka turut berkongsi keterujaan dan meminta Nina menjaga kandungan dengan baik serta mendoakan agar anak tersebut membesar dengan sihat.

"Alhamdulillah, tahniah macam orang dulu-dulu cakap bunting pelamin.

Nina dan suami Lan Lebah mengadakan majlis resepsi pada 4 Ogos lalu.

"Seronoknya dengar berita gembira ini, semoga Nina dan baby sihat sentiasa. Tahniah ya," komen pengikut.

Pada 4 Ogos lalu, Nina Iskandar dan suaminya iaitu penolong pengarah drama, Azlan Adzanan atau dikenali sebagai Lan Lebah melangsungkan majlis resepsi di Cheras, Selangor.

Pasangan ini bernikah pada April lalu dalam sebuah majlis sederhana yang hanya dihadiri kedua-dua pihak keluarga.

Nina Iskandar, lan Lebah

Artikel Lain