suria

Fasha Sandha belum berhijab, masih belajar “Perkara begini tak boleh berjanji, iman manusia kadang-kadang rapuh”

Fasha akui masih belajar untuk berhijab.

PELAKON Fasha Sandha meminta peminat memberi ruang untuk dia membuat keputusan bertudung meskipun dilihat berpenampilan itu di beberapa majlis kebelakangan ini.

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 35, berkata, dia masih lagi belajar dan menyiapkan diri ke arah itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Hari itu nampak dah pakai tudung kak?” - Buka hijab selepas Ramadan, Fasha Sandha bertudung bukan kerana trend

“Saya sentiasa bersyukur kerana peminat sentiasa mendoakan yang terbaik untuk saya. Tak dinafikan ramai yang suka dan mengharapkan saya untuk pakai tudung.

Fasha minta peminat doakan yang terbaik untuk dirinya.

“Buat masa ini saya sedang belajar. Saya harap peminat boleh doakan yang terbaik agar dipermudahkan segalanya. Saya belum sempurna tetapi saya sedang mencuba.

“Perkara begini tak boleh berjanji. Nanti orang akan salah erti. Maklumlah... iman manusia kadang-kadang rapuh,” ujarnya kepada mStar.

Fasha ditemui pada majlis pelancaran produk terbaharu Aura White Sparkle Diamond Skincare & Aura White Sparkle Diamond Collagen Travel Pack di Palace of The Golden Horses Hotel, Seri Kembangan pada Rabu.

Dalam pada itu, aktres jelita ini berkata suaminya, Aidil Aziz atau nama sebenarnya Aidil Abdul Aziz, 31, juga tidak pernah memaksa dia melakukan perubahan secara drastik.

“Aidil tak pernah menyuruh atau meminta saya untuk bertudung sebab dia tahu mana yang terbaik untuk saya.

“Malah dia beri ruang untuk saya belajar perlahan-lahan. Dia bagi ruang dan tidak mendesak,” katanya.

Fasha Sandha

Artikel Lain