suria

Jaa Suzuran kumpul duit kahwin, terima calon pilihan ibu

Jaa meletakkan sasaran untuk berkahwin sebelum usia mencecah 30 tahun.

SELEBRITI media sosial, Jaa Suzuran memberitahu dia akan menerima calon isteri pilihan ibunya kerana berpendapat bercinta selepas kahwin itu lebih seronok.

Menurut Jaa, 25, dia tidak meletakkan syarat atau ciri-ciri wanita untuk dijadikan pasangan namun berharap bakal isterinya itu dapat menerima dia seadanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tiada sebarang isu, berhenti secara baik!” - Jaa Suzuran bukan lagi penyampai radio Era

"Buat masa sekarang, saya belum ada kekasih atau calon untuk dijadikan isteri. Tapi saya pernah beritahu ibu, kalau ada calon yang sesuai, saya terima saja.

Jaa akan terima calon pasangan pilihan ibunya.

"Saya memang tak kisah kalau ibu yang nak carikan sebab dia pun tahu saya nak macam mana. Lagipun bercinta lepas kahwin ini pun seronok juga.

"Untuk ciri-ciri calon tu, saya tak tekankan pada fizikal tapi nak yang faham saya punya perangai, tak malu nak berjalan dengan saya dan terima saya seadanya," katanya kepada mStar.

Bekas penyampai radio Era ini pernah dikecam netizen gara-gara melakukan gimik pertunangan bagi memperkenalkan koleksi tudung jualannya pada Mei lalu.

Menerusi laporan mStar pada 10 Mei lalu, Jaa turut mendedahkan ia bukan kali pertama dia melakukan gimik seperti itu, malah pernah menipu rakan-rakannya berkaitan majlis pertunangan pada empat tahun lalu.

Jaa sudah mula menyimpan duit untuk kahwin.

Dalam pada itu, Jaa meletakkan sasaran untuk dia mengakhiri zaman bujang apabila kehidupannya stabil atau sebelum usianya mencecah 30 tahun.

"Sekarang ini saya dah mula kumpul duit untuk kahwin walaupun calon pun tak ada dan tak tahu lagi bila nak kahwin tu tapi memang dah kena mula simpan.

"Sebenarnya saya tak ada letakkan sasaran tapi kalau boleh nak kahwin sebelum usia saya mencecah 30 atau paling lambat mungkin 32 tahun.

"Sebab bagi saya, nak kahwin ini kena matang dari segi kehidupan dan kewangan pun kena dalam keadaan stabil," ujarnya.

Jaa Suzuran

Artikel Lain