suria

Pelawak senior ditahan terbabit pergaduhan

Pelawak senior ini ditahan pada petang Rabu.

PELAWAK senior ditahan polis selepas terbabit dalam pergaduhan di sebuah hotel di Kuala Lumpur petang Rabu.

Pelawak berusia 40-an bersama dua orang rakannya itu diarah menjalani ujian air kencing selepas penemuan paket berisi dadah daripada seorang suspek yang juga kenalan pelawak.

Sumber polis sebelum ini menerima laporan berkaitan pergaduhan di hotel tersebut sebelum menahan pelawak itu bersama seorang lelaki dan seorang wanita berusia di lobi hotel itu.

Tambah sumber, pelawak terbabit diberkas sekitar jam 6 petang Rabu di sebuah hotel di Taman Maluri, Cheras.

Siasatan turut mendapati pelawak tersebut mempunyai empat rekod jenayah membabitkan dadah selain dikehendaki polis berhubung kes di Hulu Klang, Selangor.

Pelawak

Artikel Lain