suria

“Doakan semoga ia datang dari hati yang ikhlas” - Lisa Surihani dipuji anggun bertudung selepas pulang Umrah

Lisa Surihani anggun mengenakan hijab.

PENAMPILAN terbaharu pelakon Lisa Surihani selepas pulang daripada menunaikan Umrah menarik perhatian umum apabila dia kini sudah berhijab.

Lisa hadir pada sebuah majlis dengan imej tersebut mendapat pujian dalam kalangan netizen apabila memuat naik foto-foto terbaharunya di laman sosial Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak nasihat atau sindir?- Lisa Surihani kecewa gaya Liyana Jasmay terus dikecam

ARTIKEL BERKAITAN: “Diana seorang yang sangat tabah, tiada pada wanita lain”- Lisa Surihani titip doa buat keluarga Farid Kamil

Malah Lisa atau nama sebenarnya Lisa Surihani Mohamed, 33, turut meminta orang ramai berdoakan yang terbaik buat dirinya terus istiqomah.

Lisa bersama suami dan dua anaknya menunaikan Umrah pada Syawal lalu.

“Hai sayang, terima kasih. Berdoa dan berharap ianya perkara baik dilakukan, datang dari hati yang ikhlas,” tulisnya.

Lisa berkata demikian selepas membalas komen salah seorang peminat yang memuji keayuannya mengenakan hijab.

Lisa menunaikan Umrah pada Syawal lalu bersama suaminya Yusry Abdul Halim dan dua cahaya matanya.

Perkara itu menarik perhatian netizen yang rata-rata memuji dan berharap aktres cantik itu mengekalkan imej terbaharunya itu.

Lisa Surihani, berhijab

Artikel Lain