suria

Anding Akur Tawaran Berlakon Kurang

Anding
Anding
Anding

KUALA LUMPUR: Pelakon Anding mengakui sejak akhir-akhir ini dia kurang menerima tawaran berlakon drama daripada mana-mana pihak penerbit.

Bagaimanapun Anding atau nama sebenarnya Anding Indrawani Zaini, 30 berkata, dia akur dan tidak pernah berasa kecewa dengan keadaan itu, dan menganggap rezeki lakonannya mungkin belum tiba.

"Sehingga kini saya masih menunggu tawaran lakonan. Memang sejak akhir-akhir ini karier lakonan drama agak kurang, tetapi tidak mengapa, saya tidak kecewa dengan perkara itu.

"Sebaliknya bersyukur dengan rezeki lain yang diberi Allah S.W.T apabila sering ditawarkan mengendalikan program-program televisyen (TV) pula.

"Malah sekarang ini saya sibuk dengan pementasan teater muzikal Chow Kit road Chow Kit Road yang masih lagi dipentaskan di Istana Budaya bermula 10 hingga 26 Mei ini," katanya kepada mStar Online.

Tambah Anding, sejak bergelar pengacara, dia dapat merasakan keseronokan mengendalikan sesebuah program terutamanya yang berkaitan isu pengembaraan.

Sehingga kini Anding telah mengacarakan program Eksplorasi, Kembara Anding dan Klik-Klik menerusi saluran RTM.

Mengenai karier nyanyiannya pula, Anding berkata, dia lebih puas menyanyi pada pementasan teater apabila cabarannya turut melibatkan dia berlakon dan menari.

"Sebenarnya, kepuasan menyanyi dalam teater muzikal lebih seronok berbanding membuat persembahan nyanyian bias di majlis-majlis.

"Lagipun, kalau nak menyanyi secara serius dalam industri seni tempatan, rasanya agak sukar kerana sekarang ini ramai bakat-bakat baru di luar sana.

"Tambah pula industri muzik kita tidak terlalu stabil sejak akhir-akhir ini. Maka lebih senang saya mencari kepuasan diri dengan cara menyanyi di pentas teater buat masa ini," tuturnya.

Lakonan hebat Anding kini dapat disaksikan menerusi pementasan teater muzikal Chow Kit Road! Chow Kit Road! yang dipentaskan bermula dari 10 hingga 26 Mei ini di Istana Budaya.

Ia merupakan sebuah teater muzikal yang mengangkat lagu-lagu Allahyarham Datuk Sudirman Arshad.

Selain Anding, pelakon Adibah Noor, Tony dan Nadia Aqilah turut membarisi teater tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain