suria

Jari Miley Cyrus Cedera Ketika Memasak

Miley Cyrus
Miley Cyrus
Miley Cyrus

WASHINGTON: Penyanyi dan pelakon Miley Cyrus dikejarkan ke hospital selepas mendapat kecederaan pada jari ketika dia menyediakan makanan di rumahnya di Toluca Lake, California, dekat sini.

Jari Cyrus yang dilihat dalam keadaan berbungkus dan berdarah ketika memasuki wad kecemasan ditemani oleh ibunya, nenek dan kekasih Liam Hemsworth.

“Dia mendapat kecederaan di jari ketika sedang memasak. Kecederaan itu membuatkan Miley menerima beberapa jahitan. Kini, dia berada dalam keadaan yang baik,” kata wakil penyanyi itu kepada Hollywood Life.

Cyrus turut mengemas kini status akaun Twitter miliknya bagi berkongsi berita itu dengan para peminat.

“Jari saya menerima jahitan dan kini terpaksa memakai anduh.

"Seperti yang anda boleh baca daripada luahan ini, jelas sekali saya tidak gembira dengan apa yang berlaku. Saya sumpah mesin pengisar itu,” katanya menerusi kemas kini itu.

Artikel Lain